Oleh WARTAWAN KOSMO!
khas@kosmo.com.my
MARIANI menunjukkan sijil nikahnya dengan Majid dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - "Dia sepatutnya menceraikan saya sebaik selesai bernikah dan menjalani hidup bersama satu malam tetapi dia ingkar perjanjian."
Demikian pengakuan seorang wanita yang terpaksa menjadi korban 'Cina Buta' gara-gara ingin menyambung kembali perkahwinannya setelah dicerai suami dengan talak tiga.
Berasal dari Kulai, Johor, Mariani, 31, (bukan nama sebenar) berkata, hidupnya kini amat menderita kerana suami yang dinikahi secara Cina Buta hampir dua tahun lalu itu, Majid, 41, (bukan nama sebenar) enggan melepaskannya.
"Saya hanya tidur bersamanya satu malam sahaja iaitu selepas nikah dan sejak itu, kami tidak pernah bersama sehinggalah ke hari ini.
"Saya memang tidak sanggup dan tidak pernah ada sebarang perasaan kasih dengannya walaupun dia tidak pernah mengasari saya," katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Mariani yang menghubungi Kosmo! ekoran tersiarnya kisah Cina Buta semalam, bekas suaminya yang mengatur perkahwinannya itu telah beberapa kali datang memujuk Majid agar melepaskannya.
"Majid pernah ditumbuk bekas suami tetapi dia tetap dengan pendiriannya untuk terus memperisterikan saya walaupun tidak mendapat nafkah batin.
"Dia bukannya lelaki jahat malah tidak pernah sekali pun meninggikan suara dengan saya malangnya perasaan saya masih lagi setia dengan bekas suami.
"Dia juga tidak gemar berjalan kerana berkebun tetapi jika saya hendak ke mana-mana, dia tidak menghalang malah turut diberi duit belanja," jelasnya.
Bercerita tentang permulaan kisah, kata Mariani, dia dan bekas suaminya (dikenali sebagai Idris) telah berkahwin hampir sepuluh tahun atas dasar cinta.
KERATAN Kosmo! 5 November 2008.

Perkahwinan mereka yang berlangsung di Kulai, Johor dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan berusia 4 dan 6 tahun yang kini di bawah jagaan suami.
"Nak jadi cerita, kami telah bergaduh pada satu malam dan Idris secara spontan menceraikan saya dengan talak tiga disaksikan di hadapan ibu dan keluarganya.
"Dia menyesal dan jalan penyelesaiannya, kami cari Majid, seorang lelaki bujang juga dari Johor dan bayar upah sebanyak RM3,000 dengan memberi syarat yang dipersetujui bersama," ujarnya.
Harapannya dan Idris, mereka akan kembali bersatu setelah diceraikan Majid tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

No comments:
Post a Comment