Muda Mohd Noor Nov 5, 08 11:13am
Beberapa pemimpin Umno bersetuju satu kerusi naib presiden Umno diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah sebagai mengiktiraf sumbangan mereka kepada parti itu.
Mereka juga berpendapat bahawa pemimpin Umno Sabah juga mempunyai kebolehan yang sama dengan pemimpin Umno dari Semenanjung dan perwakilan perlu menilai kewibawaan mereka.

"Pengorbanan Umno Sabah sangat besar kerana mereka masih setia kepada parti ketika Umno menghadapi kekalahan seperti sekarang ini.
"Dahulu pun kerajaan Pusat merampas kerajaan negeri Sabah yang ketika itu diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1984," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Nur Jazlan yang juga ahli Parlimen Pulai berkata, sekalipun Shafie meminta supaya diberikan jawatan naib presiden, tetapi kata putus terletak kepada perwakilan dalam perhimpunan agung kelak.
Perhimpunan agung Umno akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 24 hingga 28 Mac tahun depan.
Eratkan hubungan

Katanya, perwakilan perlu menilai dan mengiktiraf pemimpin dari Sabah kerana seharusnya tidak ada perbezaan antara pemimpin negeri itu dengan negeri-negeri lain.
"Pemilihan seorang naib presiden Umno dari Sabah juga memberi peluang kepada pemimpin dari negeri itu untuk memegang jawatan yang lebih tinggi, iaitu menjadi perdana menteri.
"Saya tidak kata perwakilan wajib mengundi pemimpin dari Sabah supaya menjadi naib presiden, tetapi perwakilan perlu menilai kewibawaan pemimpin dari negeri tersebut," katanya.
Syukur yang juga ketua Umno bahagian Selayang yang baru berkata, para perwakilan perlu memberi keadilan kepada pemimpin Sabah sebagaimana yang diberikan kepada pemimpin dari Semenanjung.

Beliau yang juga ahli Parlimen Tuaran, Sabah berkata, pengiktirafan tersebut tersebut bukan sahaja untuk jawatan naib presiden, tetapi juga jawatan-jawatan utama lain termasuk Pemuda dan Puteri.
"Tetapi kita menyerahkan kepada perwakilan untuk menilainya tetapi semakin ramai yang bertanding ada baiknya juga kerana memberi lebih pilihan kepada perwakilan untuk memilih," katanya.
http://www1.malaysiakini.com/news/92470
No comments:
Post a Comment