Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Tapak pusat penyebaran ajaran sesat Qadiani yang mempercayai ada nabi lain selepas Nabi Muhammad s.a.w di Kampung Nakhoda, Gombak, akan dirampas kerajaan negeri dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebelum ini membenarkan tapak berkenaan digunakan untuk dijadikan kediaman.
“Bagaimanapun, kumpulan ajaran sesat itu melanggar peraturan ditetapkan MPS dan menggunakannya untuk membina pusat ibadat yang berfungsi seperti masjid,” katanya, semalam.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Taklimat Khas Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Turut hadir Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid.
Taklimat itu diadakan bagi memberi penerangan kepada orang ramai termasuk bukan Islam berkaitan enakmen yang diwartakan sejak 20 tahun lalu.
“Kerajaan negeri sedang meneliti peruntukan undang-undang dan peraturan MPS termasuk Kanun Tanah Negara bagi membolehkannya mengambil tindakan termasuk merampas tanah berkenaan.
“Ajaran Qadiani mempunyai kira-kira 500 pengikut dan mereka percaya tidak perlu mengerjakan solat, tidak berpuasa Ramadan atau mengerjakan haji,” katanya.
Hassan turut memaklumkan enakmen itu penting untuk difahami khususnya bukan Islam kerana ia memberi kefahaman usaha penyebaran agama lain kepada penganut Islam adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20081223090409/Article/index_html
2 comments:
Salam,
Pihak JAIS sebaiknya menyambut jemputan MUZAKARAH dengan pihak JAMM,Qadiani Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia. Rujuk Sinar harian 02 Jan 2009.
Tetapi banyak pihak takut muzakarah terbuka ini akan datangkan keaiban kepada salah satu pihak? Yang mereka takut jika JAIS dimalukan. Betul ke? Rasanya rakyat dan masyarakat Malaysia dah matang. Jika perkara ini dibuat secara tertutup, masyarakat tak tahu perkara sebenar, ada golongan masyarakat langsung tak mahu ambil tahu hal agama....malangnya nasib agama sudah tidak dipandang sebagai tujuan hidup...meeka senang cerita politik, bisnes dan skandal. Siapa yang salah sehingga cerita Agama sudah tidak diminati, namun begitu ini menunjukkan kebenaran Nabi Besar Junjungan Kita Muhammad s.a.w yang memberi amaran dan pesan suci
“Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga” ( Baihaqi )
Post a Comment