Monday, February 23, 2009

Polis siasat edaran semula DVD seks Chua

Lee Way Loon | Feb 23, 09 3:17pm
Polis sudah membuka fail siasatan terhadap pengedaran semula DVD seks yang membabitkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek di kawasan Petaling Jaya.

Pagi ini, Chua dipanggil untuk merakam kenyataannya di ibu pejabat polis Petaling Jaya.

chua soi lek mca pc 171108 05Beliau tiba jam 10.30 pagi dan keluar dari balai tersebut kira-kira sejam kemudiannya.

Chua bagaimanapun enggan menyatakan tujuan beliau datang ke balai tersebut.

Chua cuma berkata, beliau datang untuk melawat seorang kawan lamanya dan kemudiannya beredar.

Sebelum ini, akhbar-akhbar Cina melaporkan Chua yakin perbuatan mengedar semula DVD seksnya adalah tindakan musuh dalam partinya untuk terus menyerang karier politiknya.

Beliau dilaporkan kata, ia bertujuan untuk mengingatkan rakyat bahawa beliau masih ada "titik hitam moral".

Chua menjangka perbuatan tersebut akan menjadi lebih rancak selepas perhimpunan Umno Mac ini, kerana dijangka akan berlaku rombakan kabinet.

Dilaporkan DVD tersebut ditemui seorang penduduk di Kelana Jaya dalam peti surat di rumahnya.

Pita tersebut dilaporkan dibungkuskan bersama nota yang meminta penduduk tersebut membuat laporan polis selepas menontonnya.

Laporan polis mengenainya dibuat di ibu pejabat polis Petaling Jaya pada 10 Februari lalu.


http://www1.malaysiakini.com/news/98877

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...