Sunday, May 31, 2009

Timur: 30 dakwa ditipu syarikat perisian

KUALA TERENGGANU: Seramai 30 wakil pengedar sebuah syarikat pembekal aplikasi perkhidmatan (ASP) membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu kerana masih belum menerima perkakasan dan perisian dijanjikan biarpun selepas lebih setahun membuat pelaburan besar untuk menjadi ejen.

Wakil pengedar berkenaan, mendakwa masing-masing sudah melabur lebih RM100,000 merangkumi bayaran yuran keahlian, deposit pembelian perisian dan perkakasan serta kos mengubahsuai premis untuk menjadi ejen kepada SOAK Technologies Sdn Bhd, syarikat ASP yang kini masih belum beroperasi.

Pelaburan mereka merangkumi RM5,000 untuk yuran keahlian, RM10,000 untuk peralatan dan RM50,000 untuk aplikasi program, manakala pengubahsuaian pejabat mengikut keperluan masing-masing.

SOAK Technologies ketika dilancarkan pada 18 Januari 2008, adalah syarikat ASP terbaru di Malaysia yang memasarkan produk protokol internet (IP) jalur lebar mudah alih berteknologi tinggi.

, panggilan suara menerusi IP (VoIP) dan muat turun data berpandukan sistem dengan kelajuan hingga 2.3 gigahertz (GHz).

Bagaimanapun, sehingga kini mereka buntu kerana tidak dapat berhubung dengan pihak pengurusan SOAK Technologies sementara cek pemulangan wang yuran keahlian yang dihantar syarikat itu kepada beberapa wakil pengedar berkenaan tidak dapat ditunaikan.

Seorang wakil pengedar, Khairulnizam Ishak, berkata mereka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila tidak dapat menghubungi lagi syarikat itu.

“Kami mahu penjelasan dan mereka memulangkan semua wang kami. Sebahagian besar kami kehilangan wang simpanan untuk dijadikan modal perniagaan ini, malah ada antara kami yang mencagarkan tanah bagi mendapatkan pinjaman. Berikutan kegagalan syarikat beroperasi, kami mungkin muflis,” katanya selepas membuat laporan di balai polis Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Khairulnizam, 31, berkata laporan polis dibuat di Terengganu kerana pejabat operasi syarikat untuk melantik ejen berpangkalan di Dungun.

Bekas juruteknik dari Ipoh, Perak itu berkata, dia berhenti kerja dan melabur wang simpanan untuk menjadi ejen syarikat itu dan terbabit dalam bidang perniagaan berasaskan IT dan teknologi yang semakin mendapat perhatian rakyat seiring dengan perkembangan semasa.

Beliau mendakwa sudah menghubungi Ketua Eksekutif SOAK Technologies, Norhisham Mohamad Noor pada September 2008 untuk membatalkan perjanjian sebagai ejen kerana syarikat itu tidak beroperasi dan beliau bersetuju memulangkan deposit berkenaan dalam tempoh sebulan.

Bagaimanapun, sebulan kemudian, mereka mendakwa dihubungi syarikat dan dimaklumkan pemulangan deposit hanya akan dibuat pada November. Hingga kini pejabat syarikat itu di Kelana Jaya, Selangor sudah ditutup dan Norhisham juga tidak dapat dihubungi.

Ketika SOAK Technologies dilancarkan Januari tahun lalu oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Hilmi Yahaya yang mewakili Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, syarikat itu dilaporkan akan melabur RM200 juta bagi mengeluarkan produk jalur lebar mudah alih berteknologi tinggi.

http://bharian.com.my/Sunday/Wilayah/20090531080049/Article/index_html

Hadiah hari lahir bermakna buat Darling

Sabtu Mei 30, 2009

Aktres dan produser, Nasreen Ngasri, 26, yang mesra dengan panggilan Darling akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Nur Azlin Rahmat, 34 - foto UTUSAN

KUALA LUMPUR: Aktres dan produser, Nasreen Ngasri, 26, yang mesra dengan panggilan Darling akhirnya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Nur Azlin Rahmat, 34, pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di rumah keluarga Darling bertempat di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, di sini, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang dinikahkan sendiri oleh bapa Darling, Ngasri Sain ini melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya menyatukan cinta mereka meskipun hubungan yang terjalin belum pun mencecah setahun.

Lebih bermakna lagi, majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi 'hadiah' istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini manakala hari lahir bapanya juga jatuh pada hari esok (31 Mei).

"Memang kami merancang untuk adakan majlis ini pada musim cuti persekolahan. Secara kebetulan pula tarikh yang dipilih ini berdekatan dengan hari lahir saya dan bapa. Malah, saya rasa gembira sangat dinikahkan sendiri oleh bapa.

"Apapun, saya bersyukur majlis hari ini berjalan dengan lancar. Dan sekarang nampaknya saya sudah bergelar isteri. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan kami kahwin terlalu cepat, tapi saya lebih senang katakan ini adalah jodoh.

"Kami dapat rasa keserasian antara kami. Malah, Azlin pun rasa dengan usianya sekarang memang dia sudah bersedia untuk berkahwin.

"Cuma sekarang saya akui, tanggungjawab yang perlu saya pikul lebih besar. Mungkin akan mengambil masa sedikit untuk saya dan suami sesuaikan diri dengan hidup baru ini," kata Darling yang ditemui sejurus berakhirnya majlis tersebut.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Darling menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihaknya.

Majlis bersejarah pasangan itu juga secara kebetulan menjadi 'hadiah' istimewa buat Darling yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 2 Jun ini

Detik manis itu juga disaksikan oleh ahli keluarga, saudara-mara terdekat dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Darling dan jejaka yang bertugas sebagai pegawai pemasaran itu telah mengikat tali pertunangan pada pertengahan Mac lalu setelah berkenalan pada bulan Ogos tahun lalu.

Bercerita tentang perkenalan singkat yang akhirnya membuahkan perasaan cinta itu, dalam nada ceria Darling berkata, di peringkat awal dulu, Nur Azlin tidak tahu dirinya adalah seorang artis.

"Kami diperkenalkan oleh seorang kawan. Memang dia tidak kenal saya ni artis, lagipun tugasnya yang banyak memerlukan dia 'travel' membuatkan dia tidak terlalu mengikuti tentang industri ini.

"Selepas itu, dia banyak buat 'research' tentang saya di media dan internet. Dari situ dia tahu macam-macam tentang saya termasuklah cerita-cerita 'panas'. Tetapi Alhamdulillah, dia dapat menerima saya walaupun dengan macam-macam cerita tentang saya.

"Bagi dia, semua orang akan ada sejarah masing-masing dan begitu juga dengannya. Dia sangat rasional," kata Darling sambil tersenyum.

Dalam pada itu, Nur Azlin berkata, ciri-ciri yang ada pada Darling berjaya menambat hatinya untuk melamar gadis itu sebagai isteri.

"Dia ni baik, memahami dan tidak mudah melenting. Darling juga seorang yang amat mengambil berat.

"Tetapi saya akui, pada awalnya saya tidak perasan dia adalah seorang artis. Saya kenal adiknya saja, Anne, sebab pernah menonton lakonannya di dalam drama Dunia Baru, tetapi saya memang tidak tahu Darling adalah pelakon.

"Itu pun sepupu saya yang beritahu dia adalah seorang artis," ujarnya yang menambah, mereka hanya sering berbalas SMS di awal perkenalan dulu sebelum hubungan itu bertambah serius.

Pasangan ini akan mengadakan majlis persandingan esok di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, dengan bertemakan 'garden wedding', manakala resepsi di sebelah lelaki pula akan diadakan di Bukit Katil, Melaka pada 7 Jun depan.

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/30/mstar_hiburan/20090530175116&sec=mstar_hiburan

Islam lindungi hak isteri

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


TIADA lafaz paling keramat dari lidah seorang lelaki yang bergelar suami, kecuali talak, bahkan dilihat dari satu sudut ia adalah hak eksklusif kaum Adam terhadap kaum Hawa.

TIADA lafaz paling keramat dari lidah seorang lelaki yang bergelar suami, kecuali talak, bahkan dilihat dari satu sudut ia adalah hak eksklusif kaum Adam terhadap kaum Hawa.

Ada benarnya, kerana dalam Islam lafaz talak atau cerai yang keluar dari bibir si isteri tidak diambil kira, walaupun dia melafazkannya berulang kali dengan bersungguh-sungguh, sekali gus menunjukkan kuasa talak hak suami.


Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu..." (al-Quran, surah al-Talaq-65: 1)

Walaupun begitu, seorang suami harus berwaspada.

Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak."

Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak." (Riwayat Abu Dawud)

Seorang suami tidak wajar mempermainkan perkataan cerai kerana sekali ia terlepas dari mulut, mereka mungkin menyesal seumur hidup.

Rasulullah bersabda: "Tiga perkara menjadi serius walaupun dalam keadaan main-main atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba."

Tetapi, sejauh mana lafaz cerai menjadi hak eksklusif suami? Apakah hak untuk berpisah bagi si isteri terkunci rapat? Jika benar, bukankah ia menzalimi isteri dan tidakkah undang-undang Islam ini menganiayai wanita!

Pensyarah Kanan Institut Islam Toronto, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty, berkata dalam Islam, lelaki dan wanita mempunyai hak.

Menurutnya, ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Dan isteri-isteri itu ada hak yang sama seperti kewajibannya secara yang sepatutnya..." (al-Quran, surah al- Baqarah: 228)

"Hak ini termasuk hak untuk dilayan secara adil dan baik dalam semua keadaan, kedua-duanya dalam kes perkahwinan dan perpisahan," katanya, dalam satu ruangan soal jawab hukum di laman sesawang.

Sebagaimana lelaki mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan, wanita juga ada hak berbuat demikian, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan konflik yang mengakibatkan kekecewaan dan kesengsaraan.

Katanya, Allah memerintahkan lelaki berbuat baik terhadap wanita sepanjang waktu dan sebarang perlakuan tidak adil, menjadikan isteri tahanan penjara dalam perkahwinan.

"...maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik..." (al-Quran, surah al-Baqarah: 231)

"Dengan penjelasan penting al-Quran ini, Islam mengajar kita apabila seorang suami melanggar prinsip terbabit, isteri mempunyai hak mengambil apa-apa tindakan undang-undang bagi membubarkan perkahwinan.

"Ia adalah hak yang diberikan Islam kepadanya dan keputusan mahkamah dalam kes ini benar-benar berdasarkan Islam, bagi dirinya hanya bertindak dalam usaha untuk menghindari penganiayaan dan kecederaan dirinya,"
katanya.

Beliau berkata, prinsip perundangan Islam menjelaskan, perlindungan mesti diambil bagi mengelak kecederaan dan kerosakan."

Justeru, katanya, jika seorang isteri itu tidak mendapat keselesaan daripada suaminya, dia berhak meminta cerai.

Ulama terkemuka, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya, Halal dan Haram dalam Islam, berkata wanita yang tidak tahan tinggal dengan suaminya ada hak untuk membebaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan, dengan mengembalikan mas kahwin (mahar) kepada suaminya.

Pemberian dari isteri itu katanya, sama ada lebih atau kurang nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, katanya, seorang suami itu sepatutnya tidak meminta lebih daripada yang diberikannya kepada isteri.

"Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah, maka tidaklah berdosa (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim." (al-Quran, surah al-Baqarah: 229)

Bagaimanapun, menurut al-Qaradhawi, adalah tidak dibenarkan bagi wanita untuk mendapat cerai dari suami kecuali dia diberikan layanan yang teruk atau dalam keadaan itu dia mempunyai sebab munasabah.

Katanya, Nabi bersabda, maksudnya: "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai dari suaminya tanpa sebab yang kukuh, terhalang haruman syurga darinya."(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari penjelasan ini, nyata sekali nasib seorang isteri masih terbela di dalam Islam dan dia mempunyai hak untuk bercerai apabila dirasakan perkahwinan sudah tidak memberikan nikmat kepadanya.

Perceraian itu boleh dituntut di Mahkamah Syariah, sama ada dengan cara fasakh (pembubaran perkahwinan) atau tebus talak (cerai yang diucapkan oleh suami dengan pembayaran dari pihak isteri kepada suaminya).

Dalam undang-undang keluarga Islam, perceraian boleh juga berlaku melalui talak taklik, pertukaran agama dan li'an.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090529091840/Article/indexv_html

Sikap bakhil nafi kesempurnaan iman

SETIAP orang berasakan dirinya tidak bakhil, walaupun pada pandangan dan ukuran orang lain dia sebenarnya bersifat demikian, sehingga lupa untuk berzakat, bersedekah, memberikan belanja pada keluarga dan ibu bapa.

Malah, dia mengatakan dirinya bukan seorang yang kikir, tetapi cuma berhemat. Justeru, dia menyedekahkan pakaian yang lusuh kepada orang lain dan cukup berkira untuk berbelanja, khususnya kepada orang sekelilingnya.


Tetapi suka atau tidak, mereka yang tidak menunaikan tanggungjawab seperti di atas atau masih menunaikannya, namun dengan rasa berat hati seperti contoh terbabit sebenarnya tergolong dalam golongan yang bakhil.

Sifat bakhil sangat merugikan dan antara keburukannya ialah:

  • Dibenci Allah. Kebencian Allah adalah sebab kepada kesempitan dan kesusahan.

  • Sifat bakhil bukan sifat mukmin dan menafikan kesempurnaan iman.

  • Menampilkan suatu kebodohan. Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada orang bakhil dan kikir. Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil. Oleh itu, orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan.

  • Orang bakhil dibenci dan dikeji manusia, terutama di kalangan ahli ilmu dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai di kalangan mereka sendiri.

  • Dengan memerhatikan keadaan dan kehidupan orang bakhil, dapat disimpulkan yang sifat itu tiada kebaikannya. Cuma yang ada hanya keburukan, kedukaan dan kesusahan yang mengakhiri hidupnya.

    Orang tua-tua mengungkapkan: "Kikir itu pada hakikatnya adalah fakir sekalipun banyak harta simpanannya dan pemurah itu pada hakikatnya kaya walaupun ia tidak berpunya."

  • Orang bakhil menjadi bahan cemuhan sewaktu hidupnya, bahkan selepas kematiannya. Harta yang disimpan tanpa dibelanjakan itu akan ditinggalkan. Sehinggakan mereka yang berhak mendapatnya tidak akan memujinya, tetapi akan menyumpah dan mencemuhnya. Malangnya nasib orang bakhil, di dunia dicela, di akhirat diseksa.

  • Orang bakhil biasanya akan sedar mengenai akibat buruk dan kebodohannya, bahkan kerugiannya apabila ajalnya hampir.

    Pada waktu itu, dia cuba menebus kebodohannya yang lalu dengan mewasiatkan harta ditinggalkan untuk derma amal kebajikan. Tetapi mungkin ahli keluarganya tidak akan mengendahkannya.

  • Orang bakhil akan diseksa di akhirat, iaitu dengan dikalungi lehernya semua barang yang dia kikir. Dahinya dan belakangnya akan dibakar dengan emas dan perak yang disimpan tanpa dikeluarkan pada jalan Allah.

  • Sifat bakhil kerana takutkan kefakiran dan kemiskinan adalah tipu daya syaitan yang menjanjikan kekayaan, sedangkan pada hakikatnya bakhil itu adalah kemiskinan.

  • Gadis lari ikut kekasih siber

    Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
    mfirdaus@hmetro.com.my


    KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang mula intim dengan kekasih sibernya nekad melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikut lelaki terbabit sejak 10 hari lalu.

    Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam pada 20 Mei lalu, mangsa, Nur Fawa Adilla Badrul Hisham, 15, keluar dari rumah di Bandar Baru Sentul dengan alasan untuk ke sekolah berhampiran rumahnya bagi mengikuti kelas tambahan sebelum menghilangkan diri.

    Beberapa hari kemudian kakak mangsa mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya dihantar adiknya itu memaklumkan dia dalam keadaan selamat.

    Dalam SMS itu juga, mangsa mengatakan dia tidak selamat untuk tinggal di rumah mereka kerana ada individu tidak dikenali sedang memburunya.

    Bagaimanapun, ibu mangsa, Zaini Ibrahim, 41, berkata dia percaya SMS yang dihantar anaknya itu bukanlah dari mangsa sendiri sebalik dilakukan lelaki yang melarikannya.

    Menurut Zaini, anak kedua dari tiga beradik itu sebelum ini pernah ponteng sekolah hampir 14 hari semata-mata mengikut telunjuk lelaki berkenaan kerana sering pergi ke siber kafe untuk melayari laman sembang.

    “Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan guru kelasnya. Boleh dikatakan setiap hari anak saya itu akan menghabiskan masanya di kafe siber itu. Dia mendakwa melakukan kerja rumah yang diarahkan guru sekolahnya...disebabkan itu saya tidak melarangnya.

    “Lagipun, kafe siber itu terletak kira-kira lima meter dari rumah saya. Namun, selepas menyedari aktivitinya itu mula diperhatikan saya, dia mula mengasingkan dirinya daripada ahli keluarga hampir sebulan sebelum menghilangkan diri dipercayai mengikut ‘kekasih’ sibernya itu,”
    katanya.

    Zaini berkata, dia berharap anaknya itu kembali ke pangkuan keluarga kerana perjalanan hidupnya masih panjang.

    “Lagipun, dia akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada Oktober ini,” katanya.

    Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sentul, untuk siasatan lanjut.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi talian 012- 6535828 atau melaporkan di balai polis berhampiran.

    http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090530090252/Article/index_html

    Siswi rela bogel

    Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
    ahmadshahrul@hmetro.com.my

    KUALA LUMPUR: Angkara tuduhan palsu kononnya dia terbabit dalam klip video lucah, seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi (IPT) merelakan tubuhnya diperiksa untuk dibandingkan dengan pelakon sebenar.

    Malah, gadis berusia 20-an itu juga sanggup membuat ‘akujanji’ menafikan pembabitannya dengan sebarang adegan tidak bermoral bagi mematikan ‘niat kotor’ pihak tertentu yang cuba mengaitkan dia dengan aksi lucah dalam klip video berkenaan.

    ‘Pemeriksaan tubuh’ lebih setengah jam itu dilakukan pegawai penguat kuasa wanita Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini untuk membandingkan tubuh pelajar terbabit dengan pelakon yang dikaitkan dengannya dalam klip video berkenaan.

    Hasil pemeriksaan terperinci itu, Jais mengesahkan pelakon wanita dalam klip video bukan pelajar itu.

    Video klip satu minit itu yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit memaparkan pelakon wanitanya beraksi lucah oleh dua lelaki yang dipercayai disebarkan di IPT berkenaan dan melalui Internet.

    Bagaimanapun, dua waris pelajar terbabit yang turut menerima klip video berkenaan membuat aduan kepada Jais kerana membabitkan maruah keluarga.

    Mereka turut mendakwa pelajar terbabit adalah pelakon wanita tanpa seurat benang dalam klip video berkenaan.

    Dakwaan menjijikkan itu akhirnya sampai ke pengetahuan pengurusan IPT yang cuba mendapatkan pengesahan mangsa dengan bantuan Jais sebelum tindakan tegas diambil termasuk kemungkinan menyingkir mangsa jika terbukti bersalah.

    Mangsa yang bengang dan malu dengan dakwaan itu mengakui pelakon wanita dalam klip video berkenaan mirip wajahnya, tetapi mendakwa dia tidak mengenali dua lelaki berkenaan.

    Bagi mendapatkan kepastian, mangsa dirujuk kepada Jais untuk tindakan selanjutnya.

    Ketua Unit Tindakan Khas Jais, Shahrom Maarop, mengakui gadis berkenaan tampil untuk disoal siasat.

    Bagi melengkapkan siasatan, katanya, tubuh mangsa turut diperiksa, termasuk mengukur saiz payu dara dan coli yang dipakai.

    Pemeriksaan dilakukan beberapa anggota penguat kuasa wanita yang meminta kebenarannya membuka baju.

    “Kami mendapati pelakon wanita dalam klip video itu bukan pelajar berkenaan. Malah, dia juga membuat ‘akujanji’ tidak pernah melakukan aksi lucah itu dengan teman lelaki,” katanya.

    Beliau berkata, mangsa menafikan terbabit dalam penggambaran klip video itu walaupun mengakui pelakon wanita dalam klip video itu mirip wajahnya.

    “Berdasarkan klip video berkenaan, memang pelakon wanita adegan lucah itu seakan-akan wajah gadis berkenaan.

    “Siasatan kemudian dijalankan berdasarkan kemungkinan ada pihak cuba memalukan pelajar itu dengan menyebarkan klip video lucah kononnya mangsa turut beraksi,”
    katanya.

    Beliau berkata, klip video itu memaparkan aksi seolah-olah pelakon wanita dirogol dua lelaki walaupun tidak menunjukkan sebarang penentangan terhadap tindakan terbabit.

    Namun, berdasarkan siasatan, pelakon wanita bukan dirogol, tetapi merelakan dirinya diperlakukan sedemikian kedua-dua lelaki terbabit.

    Menurutnya, Jais menjalankan siasatan apabila dua waris pelajar itu membuat laporan kononnya dia terbabit dalam aksi lucah seperti dipaparkan dalam klip video itu.

    “Malah, apa yang mengejutkan, mereka mendakwa pelakon wanita adalah pelajar terbabit berdasarkan jam dan gelang yang dipakai sama dengan dimilikinya.

    “Selepas diteliti, mangsa bagaimanapun tidak memiliki jam dan gelang terbabit. Kami akan memanggil waris mangsa berkenaan untuk disoal siasat mengenai dakwaan palsu dibuat,”
    katanya.

    Justeru, Shahrom berkata, pihaknya akan memanggil dua waris mangsa yang membuat tuduhan berkenaan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

    Beliau berkata, mangsa juga membuat laporan polis berkaitan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu.

    http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20090530085448/Article

    Saturday, May 30, 2009

    Mahathir and Najib in Divorce Court

    Posted by admin   
    Friday, 29 May 2009 14:55






    The former PM appears about ready to have a go at yet another successor

    After appearing to embrace the idea of Mahathir's "crooked bridge" proposal to replace half of the narrow, congested causeway that links Singapore with the southern state of Johor, Najib has announced he would go along with a plan favored by the Singapore government for a third bridge.


    Asia Sentinel

    The honeymoon between Malaysia's new prime minister, Najib Tun Razak, and the irascible 84-year-old Mahathir Mohamad, who played a major role in driving Najib's predecessor from office, is over almost before it began.

    Najib, gambling that the former premier's influence is waning within the ranks of the United Malays National Organisation, has broken decisively over a number of hot-button issues with Mahathir, who held office for 22 years before stepping down in 2003 in favor of Abdullah Ahmad Badawi. Many of them involve a cozier relationship with the Singapore government, with which Mahathir carried on a rocky relationship.



    So far, Mahathir, although said to be privately furious with Najib, has held back from attacking him publicly.

    "I believe this is for a number of reasons,"  says a lawyer with ties to the Mahathir faction. "Remember, we are after all in a recession -- and what good would it do to try to force him out in an all-out war? But Najib is pushing the envelope by making his own mistakes. I think the die is cast, but it's not full blown war yet."

    Earning Mahathir's enmity could be dangerous. Badawi, who came into office as a reformer but stumbled, was attacked by Mahathir almost from the time he became prime minister, especially after cancelling a series of Mahathir's favorite projects.  He was beset by a series of other problems, including a fading economy, perceptions of rising crime and a passive personality and  He led his party to disastrous elections in 2008 in which the Barisan Nasional, or national ruling coalition, lost its two-thirds hold on the national parliament for the first time since independence.


    Given Badawi's weakness, it is questionable how much influence Mahathir actually had in engineering his downfall.  Mahathir in 2007 left the party he had headed when the government announced he would be investigated on allegations he had rigged judicial appointments.  Blasting away from the sidelines, he didn't return until April, when Badawi finally stepped down.

    Nor was he especially charitable to Najib.  Although he returned to share the podium with Najib at the UMNO national conclave in April, those close to him say he regards Najib as a potentially weak leader because he didn't break with Badawi soon enough. He thinks Najib is tainted by a long series of scandals and, in the words of the source, is "yellow" because he lacked the nerve to take on the opposition in a by-election in the state of Penang that is set for May 31. 

    Najib, according to polls, actually took office with a lower approval rating than the ill-starred Badawi.  Party insiders say he recognizes his weakness and feels he has to act fast to try to get the voters to forget his weaknesses.  He has cracked down hard on protesters and the opposition at the same time he has instituted measures to try to revive the economy, which shrank at a disastrous 6.2 percent annual rate in the last quarter. 

    After appearing to embrace the idea of Mahathir's "crooked bridge" proposal to replace half of the narrow, congested causeway that links Singapore with the southern state of Johor, Najib has announced he would go along with a plan favored by the Singapore government for a third bridge.  He has also publicly endorsed the massive Iskandar project directly across the causeway in Johor over the objections of Mahathir, who famously said Singaporeans would take over the project and drive Malays out to live in the forest.

    Najib has also made a series of appointments to top positions in UMNO and the government over Mahathir's objections, including provisionally naming a former close Badawi associate, Omar Ong as a non-executive director of the state oil and gas company Petronas, which observers in Kuala Lumpur view as a prelude to making him the Petronas CEO when Hassan Merican is expected to retire in 2010. Ong is a member of a group called the "fourth-floor boys," top advisors to Badawi and Badawi's son-in-law, Khairy Jamaluddin, in particular a b阾e noir for Mahathir.  To Mahathir's consternation, a number of the fourth-floor boys, perhaps Khairy himself, are gaining influence in Najib's government.



    Despite Najib's early pledges to clean out the party and install reformers, as Mahathir has repeatedly demanded in his "Chedet" blog, Najib has also named several individuals to top UMNO party posts despite allegations that they were tainted by money politics. They include Mohd Ali Rustam, who was made a member of the UMNO Supreme Council after Ali Rustam had been suspended from competing for the job of party deputy vice president after being caught buying votes.  Another is Rafidah Aziz, the long-time trade and industry minister who lost her job as head of the women's wing of the party because of allegations she had been steering contracts to members of her family. 

    In early April,  Mahathir spoke out publicly against Najib's appointment of Mohamed Nazri Aziz as a cabinet minister and Johari Baharum as a deputy minister , whom he called "unsavory characters."

    "It is quite obvious that he (Najib) does not depend upon me, for example, he appointed ministers, deputy ministers who I think don't deserve to be ministers, who are involved in corruption," he told reporters.

    Most recently, on May 18 Najib announced he wouldn't lead the Barisan Nasional into contesting a by-election in the Penanti district of Penang State, where an opposition figure, Mohammad Fairu Khairuddin, quit as a state assemblyman after stepping down as Penang deputy chief minister in a spat with party leaders.  Mahathir told Najib to find a candidate to go for the seat and reportedly said he would lead the campaign himself, although the opposition is extremely strong in the district and so far the Barisan has lost five out of six by-elections since disastrous national elections in March of 2008.

    Najib appears to be gambling that the dyspeptic former leader's influence has waned to the point where he can't do the kind of damage to Najib that he did to Badawi.  In an unsigned article that appeared last week in the Internet publication Malaysia Insider, the author said that "ragmatism, and not bending to the will of former prime ministers, has emerged as the dominant principle behind decision-making in the early days of the Najib administration. (Najib) seeks to reconnect the Barisan Nasional government with the elusive non-Malay and younger vote bank."


    Najib, the article said, fears leading the Barisan into defeat in the next general election, and that he has less than two years to win back some of the support that has evaporated to the opposition Pakatan Rakyat.

    Accordingly, Najib has opened the financial services sector to multinational investors, removed affirmative action quotas for 27 sub-sectors in the services sector and taken on the emotion-laden issue of religious conversion, in which some parents who have converted to Islam have attempted to take their children with them into the new religion over the objections of their spouses. That is particularly galling to the UMNO old guard, who have never given up a single convert from Islam.

    Najib faces serious challenges.  In addition to the widespread perception of his own corruption in connection with billions of dollars in contracts let to UMNO cronies when he was defense minister, he has the continuing millstone of the economy around his neck.  As late as two weeks ago, the stimulus package he put into place was expected to result in gross domestic product growth of plus or minus 1 percent. However, the economy slipped disastrously, by 6.2 percent year-on-year in the first quarter and Najib said Thursday that it could contract by as much as 4 to 5 percent for the full year.

    And, as Mahathir has pointed out, despite his promises to rid the party of the old-guard rent-seekers that got UMNO in trouble with the wider public prior to the 2008 election, he has brought them back in growing numbers. 


    ‘Akhirnya dia bersuara’

    KUALA LUMPUR: “Itu hak dia untuk memberi kenyataan dan sekurang-kurangnya dia sudah bersuara,” kata Maizawati Zainal, isteri Akhil Hayy ketika mengulas mengenai kenyataan pertama Akhil selepas berdiam diri sejak isu rumah tangga mereka mendapat liputan media.

    Maizawati, 33, yang dihubungi semalam, berkata dia tidak mahu memberi kenyataan kerana menganggap ia hanya akan menyebabkan isu itu berlarutan.

    “Saya sudah memberi beberapa kenyataan dan tidak mahu lagi menambah sebarang spekulasi untuk mengelak perkara ini menjadi bertambah panjang,” katanya.

    Menurutnya, dia hanya menanti perbicaraan yang akan berlangsung pada 2 Jun nanti di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan menyerahkan semua keputusan kepada mahkamah.

    “Perkara ini sudah dibawa ke mahkamah dan apa juga keputusannya (untuk menceraikan atau tidak), saya terima,” katanya.

    Semalam, Akhil tampil membuat kenyataan ketika ditemui sebelum program Kalam Suci episod akhir yang disiarkan secara langsung melalui Astro Oasis.

    Dia menegaskan Maizawati masih isterinya dan menyatakan apa yang akan berlaku di kemudian hari sama ada ingin memulakan hidup baru atau meneruskan kehidupan lama akan diputuskan pada 2 Jun nanti.

    Ketika diminta mengulas mengenai sikap mendiamkan diri sejak isu itu timbul bermula Ahad lalu, Akhil berkata, dia bertindak demikian kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana ia membabitkan banyak pihak termasuk Waheeda.

    Malah, dia juga berkata mempunyai alasan kenapa tidak bertemu isteri dan berasakan tempat yang paling sesuai untuk membicarakan hal ini adalah di mahkamah saja.

    Maizawati yang membuat penampilan pertama Ahad lalu membuat kenyataan bahawa Akhil mempunyai hubungan dengan penyanyi, Waheeda.

    Dia yang pada mulanya tidak mengambil kisah gosip yang melanda suaminya dengan Waheeda akhirnya dikejutkan dengan pengakuan suaminya untuk berkahwin dengan penyanyi itu.

    Zon Abie: Gelagat artis berimej Islam beri impak

    Oleh Abie Abdullah


    Rap

    ASSALAMUALAIKUM! Akhirnya semalam personaliti Astro Oasis, Akhil Hayy bersuara berhubung kemelut rumah tangganya yang menjadi isu panas sepanjang minggu ini.

    "Saya kecewa dengan tindakannya yang keluar rumah tanpa keizinan suami. Sepatutnya, apa saja yang berlaku dalam rumah tangga kami dalam tempoh tiga bulan, sama ada saya balik atau tidak, dia seharusnya merujuk perkara itu kepada pejabat kadi, bukannya media," kata Akhil dalam Berita Harian, semalam.

    Dia juga dikatakan kesal dengan tindakan isterinya, Maizawati Zainal membuat kenyataan kepada media mengenai masalah rumah tangga mereka.

    Isu ini bagaikan kemuncak daripada desas-desus hubungan Akhil dengan Waheeda sehingga ada yang beranggapan mereka sudah berkahwin. Pun begitu, Waheeda bermati-matian menafikan pernikahan berlaku di antaranya dengan Akhil.

    Isu ini turut memikat saya mengikuti perkembangan seterusnya bermula dengan tulisan Asmizan Mohd Samiran dalam Metro Ahad minggu lalu mendedahkan pengesahan Maizawati mengenai kes tuntutan cerai yang bakal dibicarakan di Mahkamah Syariah Ipoh, 2 Jun ini.

    Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak walaupun saya sedar, ramai juga yang meletakkan kesalahan kepada Waheeda yang dianggap sebagai perosak rumah tangga orang. Masing-masing punya alasan dan sebagai manusia yang mempunyai perasaan, Waheeda juga tahu apa yang dilakukannya.

    Cuma Akhil yang berdiam diri sehinggalah semalam. Katanya, berdiam diri adalah cara terbaik untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang semakin keruh.

    "Masalah ini membabitkan banyak pihak. Sekiranya saya bercakap, ia mengaibkan isteri, anak, keluarga saya serta Waheeda sendiri.

    "Saya juga mempunyai alasan kenapa tidak bertemu isteri dan tidak tampil membuat kenyataan. Disebabkan dia sudah membuat pendedahan kepada media terlebih dulu, jadi tempat yang saya rasa paling sesuai untuk membicarakan hal ini adalah di mahkamah saja,"
    kata Akhil.

    Pengacara Cafe Akhil Hayy ini turut menafikan tidak berhubung langsung dengan isterinya sejak beberapa bulan lalu, sebaliknya mereka ada berhubung menerusi SMS.

    Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak menyokong belah mana-mana. Masing-masing ada alasan - Maizawati mungkin sudah lama tertekan, Akhil juga ada alasan mengapa tak pulang ke rumah dan Waheeda pula terus pertahankan maruahnya sebagai seorang Muslimah.

    Bagaimanapun kemelut ini mendapat perhatian masyarakat (ini pun berdasarkan jumlah penjualan Metro Ahad minggu lalu yang mencanak mencecah angka rekod kami). Malah saya sendiri sering ditanya rakan bukan media mengenai hal ini. Rata-rata bersimpati dengan Maizawati.

    Apabila perkara begini berlaku yang membabitkan selebriti dan agama atau selebriti berkaitan Islam seperti Akhil (penceramah bebas) dan Waheeda (penyanyi bertudung), bimbangnya kerana pandangan orang terhadap imej Islam itu sendiri.

    Bagi saya, apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi dan saya benar percaya yang peristiwa 'aib' ini ada hikmah tersembunyi dan pastinya lebih berharga untuk kehidupan kita. Cuma ia berlaku kepada kelompok tiga manusia ini yang Allah berikan ujian.

    Saya bukan pandai sangat, jauh sekali nak dibandingkan dengan orang berilmu tinggi macam Akhil atau Waheeda, tetapi kalau ia berterusan, pandangan masyarakat terutama bukan Islam terhadap gambaran Islam itu sendiri.

    Bukan sekali kisah wanita bertudung yang mempunyai perlakuan tidak bermoral. Pernah kecoh di media mengenai seorang wanita Islam yang mengadakan hubungan seks di bilik x-ray, gadis sekolah yang bertudung, tetapi membenarkan diri dinodai dan macam-macam lagi.

    Seorang teman memberitahu yang rakannya (bukan Islam) berseloroh dengan memandang negatif wanita bertudung, tetapi melakukan hal tak bermoral. Kenyataan sebegini adalah antara yang banyak kita dengar, adakalanya menjadi bahan gurauan. Dalam bergurau pun, kita kena fikir impaknya.

    Itu yang berkaitan di kalangan masyarakat kebanyakan yang menjadi tatapan media. Sementelah selebriti macam Akhil dan Waheeda, tumpuan mata dan telinga semakin galak dipasang sambil mulut berkata-kata. Kemunculan Maizawati di media baik di akhbar mahupun TV3, perlahan-lahan menjadikannya selebriti popular.

    Hal-hal ini yang membuatkan isu mereka semakin hangat dan popular. Apa-apapun yang terjadi, kita harus melihat daripada perspektif positif. Wassalam!

    DIABETES


    Pankreas terletak berhampiran hati dan ia berfungsi sebagai tempat di mana hormon insulin dihasilkan. Insulin digunakan oleh tubuh untuk mengawal paras gula di dalam darah. Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh paras glukos yang tinggi di dalam darah. Ia disebabkan paras insulin yang terlalu rendah di dalam darah atau insulin yang tidak efektif atau kedua-duanya.

    FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB
    Apabila makanan diproses, glukos dihasilkan dalam saluran darah. Glukos adalah sumber tenaga kepada badan. Pesakit diabetes mempunyai tahap glukos yang tinggi dalam darah. Pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk menukar glukos kepada lemak, atau otot, lemak dan sel hati tidak bertindakbalas kepada insulin atau kedua-duanya.

    Diabetes terbahagi kepada 3 kategori:
    (a) Diabetes jenis 1 selalunya dikesan semasa usia kanak-kanak. Badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi dan suntikan multivitamin insulin diperlukan untuk meneruskan hidup. Diabetes jenis 1 berlaku apabila sel badan dimusnahkan oleh sistem imun pesakit.

    (b) Diabetes jenis 2 adalah lebih kerap di kalangan pesakit. Ia terdiri dari 90 peratus dari kalangan pesakit diabetes. Ia berlaku di kalangan orang dewasa. Dalam diabetes jenis 2 pankreas pesakit gagal untuk menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula di dalam darah pada paras yang normal. Kebanyakan orang tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes jenis 2 walaupun tahap mereka adalah serious.

    (c) Gestational diabetes berlaku kepada wanita yang mengalami kehamilan walaupun mereka sebenarnya bukan pesakit diabetes.

    SIAPA BERISIKO DIABETES?
    • Latarbelakang keluarga (family history)
    • Usia melebihi 45 tahun
    • Obesiti
    • Hipertensi
    • Gestational diabetes
    • Paras lemak yang tinggi dalam darah
    • Tahap kolestrol yang tinggi

    CADANGAN PEMAKANAN TAMBAHAN


    SUPLEMEN

    FAEDAH

    Protein

    Ia membekalkan kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

    CoEnzyme Q10

    Memperbaiki pengaliran darah dan menstabilkan paras gula, melindungi sel dan menyingkir bahan toksik dari tubuh.

    Garlic and Licorice

    Menurunkan, menstabilkan paras glukos dalam darah, memperkasakan sistem imun dan meningkatkan pengaliran darah.

    B Complex

    Mempunyai fungsi penting dalam pengaliran darah dan menurun kan tekanan darah. B6 menurunkan paras air dalam sel untuk melegakan tekanan pada sistem kardiovaskular dan membantu dalam metabolisma glukosa.

    Calcium & magnesium

    Paras calcium dan magnesium selalu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Pesakit diabetes mengalami paras magnesium yang rendah dan kekurangannya selalu dikaitkan dengan komplikasi masalah penglihatan.

    Carotenoid Complex

    (Vitamin A)

    Antioksidan yang ampuh untuk kesihatan mata yang baik.

    Vitamin C dengan Bioflavanoid

    Meningkatkan fungsi kelenjar adrenal, mengurangkan kemungkinan darah beku. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan masalah jantung di kalangan pesakit diabetes. Vitamin C memperlahankan atau mengelakkan komplikasi yang disebabkan oleh diabetes.

    Lecithin E

    Antioksidan yang ampuh yang memperbaiki peredaran darah, mencairkan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Lecithin membantu dalam proses mencairkan darah.

    Fruit & Vegetable Fibre

    Menyah toksik kolon dan memperbaiki nafas. Ia mengurangkan kebergantungan kepada insulin dan juga merendahkan tahap lemak dan glukosa dalam darah.

    BP Complex

    Menyokong dan memastikan pengaliran darah yang optimum ke seluruh bahagian anggota badan.

    Omega 3

    Penting dalam mengekalkan pengaliran darah yang optimum dan menurunkan tekanan darah. Melindungi otot jantung dan menurunkan paras lemak dalam darah.


    Untuk pertanyaan lanjut berkaitan artikel di atas sila hubungi (019)261 4742 (Zamzuri) atau emailzamzuri_a@yahoo.com
    Untuk artikel berkaitan kesihatan sila layari www.aqifstrategi.com 

    Dengarnya...: Waheeda bengang dengan Akhil Hayy

    MINGGU ini Cik Normah nak undi kisah cinta tiga segi Waheeda, Akhil Hayy dan Maizawati sebagai kisah panas nombor satu dalam carta. Sebagai wanita, Cik Normah sebenarnya simpati kepada kedua-dua wanita ini kerana masing-masing sibuk nak menegakkan kebenaran masing-masing. 

    Bagaimanapun dalam pada mendakwa dirinya tidak terkesan dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan isteri Akhil, Cik Normah dengar cerita Waheeda sebenarnya amat tertekan dengan tindakan Maizawati. 

    Cik Normah tidak tahu sejauh mana betulnya cerita ini tetapi mengikut sumber yang Cik Normah dengar, hampir separuh gila penyanyi itu dengan keberanian Maizawati. Bukan saja marahkan Maizawati, Waheeda juga kononnya bengang dengan sikap Akhil yang tak mahu tampil secara terbuka menerangkan letak duduk sebenar apa yang terjadi.

    Tak tahulah bagaimana cara dia meluahkan tekanannya itu tapi kalau tak silap Cik Normah, Waheeda menjerit-jerit macam orang sasau untuk melepaskan rasa geram, marah, kecewa, sakit hati dan macam-macam lagi. Bukan itu saja, beberapa barang di rumahnya juga habis dijahanamkan bagi melepaskan geram. Simpati Cik Normah dengan ceritanya. 

    Mungkin Waheeda tertekan sebab tak tahan dengan cemuhan masyarakat. Maklumlah masyarakat kita ni sebelum tahu letak duduk sebenar sesuatu perkara, mudah sangat nak menghukum. 

    Kita tidak tahu di pihak Maizawati mungkin juga ada kesilapannya yang mungkin menyebabkan Akhil terasa hati. Iyerlah kita tak tahu apa kedudukan sebenarnya. Lagipun itu hal rumah tangga orang. Okaylah Cik Normah tak nak campur cuma berharap ada jalan penyelesaian di sebalik masalah mereka.

    Dengarnya...: Balasan tinggalkan suami buru lelaki lain

    CIK Normah hanya termanggu-manggu sebaik mendengar cerita Sakura Sepi yang tragis dan menusuk jiwa itu. Tak faham sungguh Cik Normah dengan sikap wanita yang sanggup meninggalkan suami semata-mata untuk bersama dengan lelaki lain. Tapi Tuhan tu Maha Kaya, setiap perbuatan kita sama ada baik mahupun buruk pasti ada balasannya. 

    Macam kisah yang disampaikan Sakura pada Cik Normah. Kata Sakura, dia tidak terkejut apabila rumah tangga pasangan ini berada di hujung tanduk, dan dia bukanlah hendak menyalahkan si suaminya saja. Tetapi dalam hal ini Sakura menuding jari pada isterinya sebab katanya, sewaktu zaman kegemilangan jejaka ini, isterinya itu terhegeh-hegeh nak memikatnya hingga lupa statusnya sebagai seorang isteri. 

    Disebabkan sudah terlalu asyik masyuk bercinta maklumlah si jejaka pula boleh tahan kacak dan popular, wanita itu sanggup meninggalkan suaminya semata-mata untuk bersama kekasih barunya. Melara jiwa suaminya apabila si isteri sudah gila bayang.

    Setelah beberapa tahun menyulam kasih dengan jejaka idaman, rumah tangga yang dilayari bertahun-tahun dilanda badai. 

    Jadi kata Sakura, sesuailah dengan muka wanita itu. Hidup ini ibarat roda, apa yang kita lakukan akan dikembalikan kepada kita. Jadi awas, jangan ikut kata hati. Berfikir sewaras-warasnya sebelum melakukan sesuatu!

    Gangguan orang ketiga

    Oleh Sariha Mohd Ali 
    sariha@bharian.com.my

    Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian

    KAJIAN Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati antara punca utama perceraian hari ini ialah suami curang atau isteri enggan dimadukan membabitkan 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus. 

    Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

    Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya. 

    Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga. 

    “Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.

    “Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. 

    Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu. 

    Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain. 

    “Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

    “Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya. 

    Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk. 

    “Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak. 

    “Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran. 


    “Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya. 

    Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya. 

    “Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya. 

    Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.

    “Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya. 

    “Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain. 


    “Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya. 

    Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Ratu/20090529064719/Article/index_html

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...