Pankreas terletak berhampiran hati dan ia berfungsi sebagai tempat di mana hormon insulin dihasilkan. Insulin digunakan oleh tubuh untuk mengawal paras gula di dalam darah. Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh paras glukos yang tinggi di dalam darah. Ia disebabkan paras insulin yang terlalu rendah di dalam darah atau insulin yang tidak efektif atau kedua-duanya.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB
Apabila makanan diproses, glukos dihasilkan dalam saluran darah. Glukos adalah sumber tenaga kepada badan. Pesakit diabetes mempunyai tahap glukos yang tinggi dalam darah. Pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk menukar glukos kepada lemak, atau otot, lemak dan sel hati tidak bertindakbalas kepada insulin atau kedua-duanya.
Diabetes terbahagi kepada 3 kategori:
(a) Diabetes jenis 1 selalunya dikesan semasa usia kanak-kanak. Badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi dan suntikan multivitamin insulin diperlukan untuk meneruskan hidup. Diabetes jenis 1 berlaku apabila sel badan dimusnahkan oleh sistem imun pesakit.
(b) Diabetes jenis 2 adalah lebih kerap di kalangan pesakit. Ia terdiri dari 90 peratus dari kalangan pesakit diabetes. Ia berlaku di kalangan orang dewasa. Dalam diabetes jenis 2 pankreas pesakit gagal untuk menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula di dalam darah pada paras yang normal. Kebanyakan orang tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes jenis 2 walaupun tahap mereka adalah serious.
(c) Gestational diabetes berlaku kepada wanita yang mengalami kehamilan walaupun mereka sebenarnya bukan pesakit diabetes.
SIAPA BERISIKO DIABETES?
• Latarbelakang keluarga (family history)
• Usia melebihi 45 tahun
• Obesiti
• Hipertensi
• Gestational diabetes
• Paras lemak yang tinggi dalam darah
• Tahap kolestrol yang tinggi
CADANGAN PEMAKANAN TAMBAHAN
SUPLEMEN | FAEDAH |
Protein | Ia membekalkan kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan. |
CoEnzyme Q10 | Memperbaiki pengaliran darah dan menstabilkan paras gula, melindungi sel dan menyingkir bahan toksik dari tubuh. |
Garlic and Licorice | Menurunkan, menstabilkan paras glukos dalam darah, memperkasakan sistem imun dan meningkatkan pengaliran darah. |
B Complex | Mempunyai fungsi penting dalam pengaliran darah dan menurun kan tekanan darah. B6 menurunkan paras air dalam sel untuk melegakan tekanan pada sistem kardiovaskular dan membantu dalam metabolisma glukosa. |
Calcium & magnesium | Paras calcium dan magnesium selalu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Pesakit diabetes mengalami paras magnesium yang rendah dan kekurangannya selalu dikaitkan dengan komplikasi masalah penglihatan. |
Carotenoid Complex (Vitamin A) | Antioksidan yang ampuh untuk kesihatan mata yang baik. |
Vitamin C dengan Bioflavanoid | Meningkatkan fungsi kelenjar adrenal, mengurangkan kemungkinan darah beku. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan masalah jantung di kalangan pesakit diabetes. Vitamin C memperlahankan atau mengelakkan komplikasi yang disebabkan oleh diabetes. |
Lecithin E | Antioksidan yang ampuh yang memperbaiki peredaran darah, mencairkan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Lecithin membantu dalam proses mencairkan darah. |
Fruit & Vegetable Fibre | Menyah toksik kolon dan memperbaiki nafas. Ia mengurangkan kebergantungan kepada insulin dan juga merendahkan tahap lemak dan glukosa dalam darah. |
BP Complex | Menyokong dan memastikan pengaliran darah yang optimum ke seluruh bahagian anggota badan. |
Omega 3 | Penting dalam mengekalkan pengaliran darah yang optimum dan menurunkan tekanan darah. Melindungi otot jantung dan menurunkan paras lemak dalam darah. |
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan artikel di atas sila hubungi (019)261 4742 (Zamzuri) atau emailzamzuri_a@yahoo.com.
Untuk artikel berkaitan kesihatan sila layari www.aqifstrategi.com
No comments:
Post a Comment