Monday, May 25, 2009

Ibu tunggal diburu Along selepas pinjam RM1,000

Oleh Nor Azmelia Azahari
am@hmetro.com.my

SEREMBAN: "Kehidupan kami sekeluarga kini dihimpit kebimbangan apabila Along (ceti haram) mengugut sambil meminta untuk membayar ansuran faedah yang tertunggak hingga menimbulkan kerisauan terhadap keselamatan anak-anak."

Begitu luahan seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Adibah, 48, apabila menjadi buruan Along selepas membuat pinjaman daripada mereka sebanyak RM1,000 sebagai modal untuk menjahit blazer pengawas untuk pelajar sebuah sekolah, di sini.

Adibah berkata, sebelum ini, dia pernah mendapatkan pinjaman daripada sebuah bank tetapi gagal berikutan rekod bayarannya tidak memuaskan hingga tiada pilihan selain terpaksa meminta bantuan Along pada April lalu.

Menurutnya, keadaan semakin rumit apabila dia perlu menyara empat orang anaknya yang masih bersekolah kerana bekas suaminya tidak memberi nafkah mencukupi untuk meneruskan kehidupan sejak mereka berpisah.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Mutakhir/20090525173318/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...