Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu dikatakan merajuk selepas ibunya memarahi kerana tindakannya yang sering ponteng sekolah sebelum dia bertindak keluar dari rumahnya untuk mencari ketenangan sejak 14 Mei lalu.
Dia bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan di Lebuhraya Sultan Abdul Halim untuk mencari duit poket sendiri sebelum berkenalan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang kerap datang ke kedai itu menghantar barang.
Lelaki itu mengajak mangsa tinggal di rumah adik perempuannya sementara waktu kerana kasihan melihat mangsa keseorangan.
Mangsa yang bersetuju dengan pelawaan lelaki itu mengikutnya tinggal di rumah itu tanpa menyedari muslihat sebenar lelaki berkenaan terhadapnya.
Namun, nasib malang menimpa kanak-kanak itu apabila lelaki itu mengajaknya melakukan hubungan seks ketika adiknya tiada di rumah dan disebabkan takut, mangsa hanya mengikut telunjuk suspek yang menjadikan mangsa sebagai tempat memuaskan nafsunya.
Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumahnya dan menceritakan perkara itu kepada ibunya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menjalani pemeriksaan selepas mengadu sakit di kemaluan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan setakat ini pihaknya sedang mengesan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes itu untuk membantu siasatan.
Abdul Ghafar berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 14 Mei hingga kelmarin ketika mangsa yang dipercayai melarikan diri dari rumahnya dan tinggal di sebuah rumah bersama adik perempuan suspek.
“Mangsa mendakwa dirogol ketika berada seorang diri di rumah berkenaan dan hanya menceritakan kejadian itu kepada ibunya selepas dia pulang ke rumah kelmarin.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090611073057/Article/index_html
No comments:
Post a Comment