RAJA Pop, Michael Jackson mempunyai kehidupan yang pelik. Lebih aneh lagi selepas kematiannya, upacara memperingati mendiang Jackson dan keturunan anak-anaknya masih menjadi tanda tanya.
Terkini, media barat ada melaporkan yang penghibur legenda itu bukan merupakan bapa kandung kepada tiga anaknya.
Antara lain dakwaan 'luar biasa' ini turut mencatatkan bapa biologi Michael Jr, 12, dan Paris, 11, ialah ahli dermatologi Jackson sendiri, Dr Arnold Klein. Bekas isteri Michael Jackson, Debbie Rowe pernah bekerja dengan Dr Arnold.
Identiti ibu tumpang Prince Michael II, 7, tidak diketahui hingga kini walaupun banyak risikan dibuat. Selain itu, bekas isterinya, Debbie Rowe dikatakan bukan merupakan ibu biologi kepada dua anak mereka yang lebih besar.
Sementara itu, satu salinan wasiat Jackson yang dibuat pada 2002 telah diserahkan kepada wakil keluarga, menurut satu sumber yang mahir dengan dokumen tersebut.
Wasiat itu masih terkandung suatu benda yang "misteri" kerana ia belum dipersembahkan kepada mahkamah. Bagaimanapun, sumber berkata, wasiat itu menamakan ibu Jackson, Katherine sebagai penjaga anak-anaknya.
Di samping itu, wasiat itu meletakkan semua aset milik Jackson di dalam tangan badan amanah serta menamakan wakil lamanya, John Branca dan eksekutif, John McClain sebagai wasi (executor).
Raja Pop itu dikatakan tidak menyenaraikan bapanya, Joe sebagai salah seorang pewaris harta pusakanya. Difahamkan Joe pernah memukul Jackson semasa dia masih kanak-kanak.
Dalam pada itu, beberapa laporan media menyatakan mayat Jackson akan dibawa ke Neverland Valley Ranch berdekatan Santa Barbara di Central California, Khamis ini untuk membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir hujung minggu ini.
Satu media memberitakan mayat Jackson akan diangkut merentasi Los Angeles dengan kereta kuda yang mempunyai bekas gelas lingkup. Keranda yang diperbuat daripada gelas ini memberi gambaran persis 'Snow White' ketika dia tercekik buah epal dan tidak bernyawa.
Tiada sebarang laporan dapat mengesahkan perancangan pengurusan jenazah tersebut dengan para pengurus, peguam dan jurucakap yang mendakwa bercakap mewakili Jackson dan keluarganya.
Jackson, 50, menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun lalu ekoran serangan sakit jantung.
Beberapa pegawai keselamatan awam California memberitahu mereka tidak mendengar apa-apa daripada keluarga Jackson. Mereka hanya mengesahkan telah berbincang sama ada ingin mengadakan upacara pengebumian di Neverland.
Tom Barrack, ketua eksekutif Colony Capital LLC, firma ekuiti persendirian yang memiliki Neverland bersama, telah mengeluarkan satu surat terbuka kepada penduduk Santa Barbara County agar bersedia untuk berdepan dengan "a global drama of epic proportion. (satu drama global yang cukup agung)"
Punca kematian Jackson masih belum dipastikan. Ini kerana ujian toksikologi cuma dapat diketahui dalam tempoh 4-6 minggu.
No comments:
Post a Comment