ketika persiapan untuk upacara memperingati dan mengebumikan Michael Jackson giat dijalankan." title="PEKERJA menggantikan kalungan bunga di pintu masuk ke Neverland ketika persiapan untuk upacara memperingati dan mengebumikan Michael Jackson giat dijalankan." height="205" width="300" border="0"> |
PEKERJA menggantikan kalungan bunga di pintu masuk ke Neverland ketika persiapan untuk upacara memperingati dan mengebumikan Michael Jackson giat dijalankan. |
LOS ANGELES: Kerana terlalu bergantung kepada ubat, Michael Jackson tidak mampu untuk mengangkat garfu ke mulutnya ketika makan.
Perkara itu didedahkan oleh Dieter Wiesner, pengurus ikon pop itu dari 1996 hingga 2003.
Menurutnya, Michael tidak lagi dapat mengawal ketagihannya terhadap ubat apabila dakwaan pencabulan seks kanak-kanak terhadapnya semakin meningkat.
Ketagihannya bertambah teruk selepas dokumentari terbitan Martin Bashir disiarkan menerusi televisyen pada 2001 apabila dia disoal mengenai perbuatannya tidur sekatil dengan kanak-kanak.
Wiesner mendakwa dia melihat Jackson ‘mati’ pada malam dokumentari itu disiarkan.
“Ia memusnahkan Mi- chael. Ia membunuhnya. Dia mengambil masa yang lama untuk mati tetapi ia bermula malam itu.
“Pada mulanya, dadah itu hanya sebagai ubat tetapi lama-kelamaan ia menjadi keperluan.
“Dan orang yang memberikannya kepada Michael tahu apa yang mereka lakukan.
“Mereka tidak sepatutnya berada di sisi Michael.
“Ubat dan ‘Jus Jesus’ - gelaran yang digunakan Mi- chael untuk wain - mula memberi kesan terhadapnya.
“Saya masih ingat hari saya melihat dia berada di dapur di Neverland.
“Dia tidak boleh makan kerana tidak terdaya mengangkat garfu ke mulutnya,” kata Wiesner.
Wiesner juga mendedahkan bintang pop itu dilanda kesunyian.
“Pernah satu hari dia duduk dan mula menangis.
“Dia mempunyai RM1.75 bilion dalam bank tetapi ada sesuatu yang di dalamnya yang membuat dia begitu hiba,” kata Wiesner.”
Kali terakhir dia berbual dengan Michael ialah beberapa minggu lalu dan penyanyi itu meluahkan rasa bimbangnya berhubung konsert di London.
“Dia sedar dia tidak sebagus seperti zaman kemuncaknya.” - Agensi
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Global/20090702080302/Article/index_html
No comments:
Post a Comment