Thursday, July 30, 2009

Tiga lelaki dipenjara samun warga Bangladesh

Rabu Julai 29, 2009

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyamun seorang warga Bangladesh tahun lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin memerintahkan Mohd Faizal Mansor, 24, Latiff Alba, 23, dan Muhammad Nasir, 21, menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 24 Mei tahun lepas.

Mereka didakwa menyamun telefon bimbit dan wang tunai RM120 daripada Md Hassan Ali di hadapan Stesen LRT Dang Wangi di sini pada 7.30 pagi 24 Mei 2008. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fat manakala ketigatiga mereka tidak diwakili peguam.BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2009/7/29/mstar_mahkamah/20090729180529&sec=mstar_mahkamah


***apa la nak jadi..orang asing datang cari rezeki halal kat negara kita.. tapi anak bangsa kita ?????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...