Thursday, August 20, 2009

Cari penyakit di luar asrama

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pelajar menyusup keluar dari asrama semata-mata untuk berjumpa teman lelakinya mengundang padah apabila dirogol lebih 10 lelaki di sebuah rumah di Wangsa Maju, petang kelmarin.

Pelajar malang terbabit pada mulanya dikatakan keluar dari asramanya berseorangan tanpa diketahui warden sejurus tamat waktu persekolahan bersama-sama pelajar lain yang tidak tinggal di asrama.

Difahamkan, mangsa yang berusia 15 tahun memang berjanji dengan teman lelakinya untuk bertemu di luar sekolah dan sejurus dapat menyusup keluar, dia terus menghubungi teman lelakinya itu.

Menurut sumber polis, mangsa kemudian menunggu teman lelakinya itu di satu lokasi yang dijanjikan sebelum dibawa menaiki sebuah kereta.

“Mangsa kemudian dibawa bersiar-siar sebelum singgah di sebuah rumah di Wangsa Maju. Di rumah itu, mangsa dirogol lebih daripada 10 lelaki tidak dikenali dipercayai rakan teman lelakinya itu.

“Selepas dirogol, mangsa dihantar pulang ke asramanya. Mangsa yang terdesak dan trauma dengan kejadian itu menceritakan kejadian yang berlaku kepada warden asramanya,” katanya.

Mangsa dibawa warden asrama itu membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang.

Sumber terbabit berkata, beberapa jam selepas laporan dibuat, polis menahan beberapa suspek di sekitar Hulu Klang untuk siasatan lanjut.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090820074451/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...