am@hmetro.com.my
Mutalib ketika ditemui, semalam." title="AKUR...Kartika Sari Dewi dan bapanya Shukarnor Mutalib ketika ditemui, semalam." height="202" width="300" border="0"> |
AKUR...Kartika Sari Dewi dan bapanya Shukarnor Mutalib ketika ditemui, semalam. |
SUNGAI SIPUT: “Jika boleh saya mahu keluarga dan sanak-saudara dibenar menyaksikan saya dirotan.
Malah, saya juga memohon supaya media dibenar membuat liputan ketika hukuman itu berlangsung,” kata Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.
Model sambilan itu mengulas hukuman enam sebatan secara syariah yang bakal dijalaninya di Penjara Wanita Kajang selepas mengaku bersalah meminum arak di Cherating, dekat Kuantan, pada 11 Julai 2008
“Saya terkilan kerana hukuman tidak dilaksanakan di khalayak ramai seperti saya inginkan. Apapun, saya boleh menghela nafas lega kerana hukuman itu akan dilaksanakan.
“Saya akur keputusan mahkamah menetapkan hukuman dilaksanakan di penjara walaupun niat saya tidak kesampaian,” katanya.
Ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Jawang Salak (U) di sini, semalam, Kartika berkata niatnya mahu menjalani hukuman sebat di khalayak ramai bukan untuk mengaibkan diri sendiri, tetapi ingin memberi pengajaran kepada orang lain yang masih meneguk air syaitan itu.
“Jika hukuman itu dilaksanakan di penjara, orang ramai tidak dapat menyaksikannya, sekali gus saya gagal menyampaikan mesej itu.
“Saya tak pernah menyesal atas keputusan yang saya buat (enggan membuat rayuan terhadap hukuman dijatuhkan kepadanya).
“Saya sudah memalukan keluarga kerana dididik dengan ilmu agama sejak kecil oleh ibu bapa saya. Namun, saya alpa dan dengan hukuman ini saya harap ia dapat menyedarkan saya untuk kembali ke jalan benar,” katanya.
Kes Kartika mendapat liputan meluas selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu, menjatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadapnya selepas dia disabitkan kesalahan meminum arak.
Terdahulu pada 1 Disember tahun lalu, ibu kepada dua anak itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, kira-kira jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.
Kartika yang reda dengan hukuman itu mahu ia dilaksanakan di khalayak ramai, tetapi Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, kelmarin, mengeluarkan waran penahanan terhadapnya.
Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika ditahan berkuat kuasa 24 Ogos ini, bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan.
Kartika berkata, dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima hukuman dan menganggap ia balasan terhadapnya kerana melakukan dosa besar dan menconteng arang ke muka orang tua.
“Persediaan saya lebih kepada aspek kerohanian dengan membaca doa dan ayat al-Quran. Saya jangka hukuman akan dilakukan sebelum Ramadan.
“Bagaimanapun, saya reda dan anggap hukuman yang akan dijalankan pada bulan penuh berkat itu sebagai cabaran dan ujian daripada-Nya,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Muhammad Afandi Amir, 38, berkata dia pernah menyuruh Kartika membuat rayuan terhadap hukuman sebatan itu.
“Bagaimanapun, Kartika nekad dengan keputusannya untuk menerima hukuman sebatan dan saya menghormati pendiriannya.
“Saya sedih memikirkan kesihatan Kartika kerana hukuman itu nanti mungkin dijalankan pada Ramadan. Bagaimanapun, saya tetap menghormati keputusan mahkamah kerana ia sudah termaktub dalam undang-undang syariah,” katanya yang berharap ia akan menjadi iktibar kepada orang ramai.
Kartika yang berasal dari Sungai Siput, menetap selama 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan Muhammad yang juga warga negara republik itu dan mempunyai dua anak, berusia tujuh dan lima tahun.

No comments:
Post a Comment