Tuesday, August 25, 2009

Sebat: Najib harap Kartika merayu

Ogos 25, 09 2:30pm
Datuk Seri Najib Razak berkata Kartika Sari Dewi Shukarno - yang akan dihukum sebat enam rotan selepas Ramadhan atas kesalahan mengambil alkohol - boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum.

Perdana menteri dilaporkan menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan, tambahnya, soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu,Bernama memetiknya sebagai berkata.

Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.

Mengenai cadangan pembinaan jambatan antara Indonesia dan Semenanjung Malaysia seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Najib berkata ia merupakan inisiatif swasta setakat ini.

Kerajaan pusat akan mengkaji perkara itu sekiranya terdapat cadangan tetapi setakat ini belum ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan pusat, katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/111343

1 comment:

ANA RIMAU said...

Sekiranya untuk menjalani sebatan biarlah ikut cara islam yang sebenarnya.Untuk orang islam gunakan cara islam syariah ( yang mengikut undang2 islam sebenar ikut alQuraan dan hadis).Untuk bukan islam mahakamah sivil.Demi keamanan rakyat dan keamanan dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...