anaknya." title="PERLU BANTUAN...Jasni bersama isteri, Norhaizan dan anaknya." height="275" width="300" border="0"> |
PERLU BANTUAN...Jasni bersama isteri, Norhaizan dan anaknya. |
PEKAN: Disebabkan hidup dalam kedaifan selepas mengalami masalah penglihatan, seorang bapa, Jasni Muhamad, 34, terpaksa berlapar dua minggu bagi memberi peluang kepada isteri dan anaknya makan nasi.
“Saya terpaksa minum air sejuk dan makan roti untuk sahur dan berbuka puasa selama dua minggu pada Ramadan kali ini semata-mata untuk melihat isteri saya, Norhaizan Mohd Ismail, 21, yang sarat mengandung lapan bulan dan anak perempuan berumur setahun lima bulan tidak kelaparan.
“Demi kasih sayang, saya sanggup berhadapan sebarang kemungkinan disebabkan tidak makan yang akan memudaratkan lagi penyakit yang dihidapi,” katanya yang kini tinggal di Kampung Ganchong di sini.
Jasni berkata, kehidupannya sekeluarga menjadi miskin sejak matanya bermasalah akibat terkena serpihan kayu di kilang papan tempatnya bekerja di Segamat, Johor dan lebih malang, disebabkan masalah itu dia diberhentikan oleh majikannya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090919092615/Article/index_html
No comments:
Post a Comment