GEORGETOWN: Jabatan Imigresen Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket menjual bayi ketika mengadakan serbuan di kawasan rumah setinggan di Sungai Nibong Kecil, Bayan Baru, Khamis lalu.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan, berkata mereka yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan ada antaranya memiliki pasport tamat tempoh.
“Namun, keadaan mencurigakan apabila wanita warga Indonesia yang sarat mengandung cuba bersembunyi dalam almari bagi mengelak ditahan dan selepas disiasat, wanita itu mengakui anak yang bakal dilahirkannya akan dijual kepada rakyat tempatan,” katanya.
Beliau berkata, wanita berkenaan yang mengandung anak luar nikah dan ditinggalkan kekasihnya mengambil jalan mudah untuk menjual anak yang bakal lahir kepada rakyat tempatan daripada menjaganya sendiri.
Selain itu, katanya, pihaknya juga mendapati ada beberapa bayi yang baru dilahirkan di setinggan itu dan dipercayai akan dijual kepada rakyat tempatan.
Katanya, pihaknya berjaya menghidu kejadian itu tetapi masih dalam proses mengesan dalang sindiket terbabit.
“Kami akan menghantar wanita berkenaan pulang ke negara asalnya bagi mengelak terbabit dalam sindiket penjualan bayi di negeri ini,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Serbusindiketjualbayi/myMA/myArticle/
No comments:
Post a Comment