Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
2010/07/20
PULANGLAH... Noraini merayu anaknya Nurhidayah supaya pulang ke pangkuan keluarga.Gadis itu, Nurhidayah Sahari, dilaporkan hilang dari rumah pada hari jadinya selepas ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya di Bandar Baru Bangi, di sini.
Sebelum itu, dia dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki warga Indonesia dari Lombok, sejak dua bulan lalu.
Kehilangannya disedari ibunya, Noraini Adnan, 44, selepas anaknya itu tidak pulang ke rumah pada hari berkenaan sebelum mengetahui anaknya itu mengikut seorang lelaki berusia 20-an dari Lombok bernama Ronny.
Susulan itu, Noraini membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu.
“Sehari sebelum kehilangannya, perangai Dayah (Nurhidayah) agak pelik kerana lebih banyak berdiam diri dan tidak mahu memandang kami sekeluarga apabila bercakap. Malah menantu saya juga pernah melihat muka Dayah berubah warna kekuningan dan matanya merah seperti biji saga,” katanya ketika ditemui di Pejabat Ikatan Relawan Rakyat (Rela), di sini, semalam.
Noraini berkata, dia percaya anaknya sudah ‘diguna-gunakan’ jejaka Lombok itu hingga dia lupa kepada keluarga dan bertindak mengikutnya lari.
2010/07/20
BANGI: Kisah gadis tempatan dilarikan ke Lombok, Indonesia bagaikan tiada berkesudahan. Kali ini, seorang lagi remaja berusia 18 tahun menjadi mangsa selepas terpedaya dengan pujuk rayu jejaka Lombok sebelum dilarikan dari kediamannya di Semenyih, di sini, Jumaat lalu.
PULANGLAH... Noraini merayu anaknya Nurhidayah supaya pulang ke pangkuan keluarga.
Sebelum itu, dia dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki warga Indonesia dari Lombok, sejak dua bulan lalu.
Kehilangannya disedari ibunya, Noraini Adnan, 44, selepas anaknya itu tidak pulang ke rumah pada hari berkenaan sebelum mengetahui anaknya itu mengikut seorang lelaki berusia 20-an dari Lombok bernama Ronny.
Susulan itu, Noraini membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu.
“Sehari sebelum kehilangannya, perangai Dayah (Nurhidayah) agak pelik kerana lebih banyak berdiam diri dan tidak mahu memandang kami sekeluarga apabila bercakap. Malah menantu saya juga pernah melihat muka Dayah berubah warna kekuningan dan matanya merah seperti biji saga,” katanya ketika ditemui di Pejabat Ikatan Relawan Rakyat (Rela), di sini, semalam.
Noraini berkata, dia percaya anaknya sudah ‘diguna-gunakan’ jejaka Lombok itu hingga dia lupa kepada keluarga dan bertindak mengikutnya lari.
“Saya tidak percaya anak saya akan mengikut lelaki itu kerana dia begitu tidak menyukai pemuda dari negara jiran itu. Ini kerana anak saya itu yang juga seorang anggota Rela dan sering mengikut operasi bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin di sekitar daerah ini,” katanya.
Noraini berkata, selama ini dia tidak menyedari anaknya itu membawa sedikit demi sedikit pakaiannya sebagai persiapan melarikan diri bersama kekasihnya itu.

“Saya percaya, lelaki itu yang mempengaruhi Dayah kerana anak saya itu seorang anak yang baik dan bertanggungjawab membantu keluarga dari segi kewangan. Saya tidak percaya Dayah yang mahu melarikan diri.
“Khabarnya, anak saya itu akan dilarikan ke Lombok pada jam 8 malam ini (tadi) dan saya berharap pihak berkuasa dapat membantu menghalangnya,” kata ibu kepada tujuh anak itu.
Katanya, dia juga merayu kepada Ronny agar memulangkan semula Dayah ke pangkuan keluarga.
Sementara itu, Pegawai Rela Daerah Hulu Langat, Musa Mohd Yunus berkata, pihaknya sudah mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Maritim untuk memantau perairan negara bagi menghalang lelaki terbabit daripada membawa keluar mangsa.
“Mangsa anggota saya yang pernah bertugas di Depoh Tahanan Semenyih selain melakukan kawalan pada acara tertentu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood mengesahkan menerima laporan terbabit dan siasatan masih dijalankan.

No comments:
Post a Comment