Thursday, July 15, 2010

Mel Gibson tawar RM64 juta selesai hak jaga anak


Mel Gibson bersama bekas kekasihnya, Oksana Grigorieva.


NEW YORK - Pelakon terkenal Amerika Syarikat (AS), Mel Gibson menawarkan AS$20 juta (RM64 juta) kepada bekas kekasihnya, Oksana Grigorieva bagi menyelesaikan kemelut tuntutan hak penjagaan anak perempuan mereka, Lucia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Namun, laman web gosip selebriti RadarOnline melaporkan, Oksana, 40, seorang pemuzik terkenal Rusia menolak tawaran lumayan itu kerana dia tidak bersetuju dengan tempoh 20 peratus waktu untuk Gibson, 54, bersama anaknya.

Sumber memberitahu, wanita itu enggan menandatangani perjanjian tuntutan tersebut yang memberinya 80 peratus waktu bersama Lucia berusia lapan bulan, setelah melalui pengalaman buruk ditumbuk Gibson pada 6 Januari lalu.

Beberapa rakaman sulit telah mendedahkan satu serangan Gibson terhadap Oksana yang ketika itu sedang mendukung Lucia sehingga menyebabkan mereka berpisah pada April lalu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...