Sunday, September 26, 2010

Rapat dengan Jamal

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

2010/09/25

KUALA LUMPUR: “Datuk Sosilawati (Lawiya) rapat dengan saya. Jika saya buat persembahan, dia sendiri menghubungi saya untuk menempah tempat, malah kami ada merancang untuk bekerjasama memasarkan produk kesihatan saya sendiri.

Jamal, 51, berkata perbincangan panjang lebar untuk kerjasama itu berlaku ketika dia menghadiri majlis hari lahir anak Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, pada Julai lalu.


“Ketika itu saya menghadiri majlis hari lahir Rita (Erni Dekritawati Yuliana). Sosilawati sememangnya baik, tidak sombong dan mudah dibawa berbincang. Untuk menghasilkan produk ini bukan mudah, beliau banyak memberi idea dan bersedia membuat pelaburan untuk produk saya.


“Kami turut berbincang untuk bekerjasama menggunakan stokis produknya memasarkan produk saya dan dia tidak kisah jika dia memasarkan produk saya,”
katanya ketika ditemui di Majlis Aidilfitri Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), di sini, semalam.


Turut hadir, Yang Dipertua Pengasih, Mohd Yunus Pathi, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop.


Menurut Jamal, Sosilawati seorang yang pemurah dan tegas dengan keputusannya.


“Saya masih ingat lagi, ketika saya buat persembahan sempena Hari Ibu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Mei lalu, Sosilawati hadir menyaksikan persembahan saya. Saya beri dia menontonnya secara percuma tetapi dia berkeras mahu membayarnya dan sanggup menunggu untuk membayar kerana dia tidak mahu pulang selagi saya tidak mahu menerima bayaran.


“Ketika Konsert Jamal... Kembara Seniman di Istana Budaya September tahun lalu, Sosilawati turut memberi sumbangan dengan membeli tiket berjumlah RM25,000,”
katanya.


Dalam perkembangan lain, Jamal berkata, dia belum bersedia mencari pasangan hidup kerana mahu melihat anaknya membesar terlebih dulu.


“Anak saya kecil lagi dan saya mahu memberi tumpuan membesarkan mereka. Kalau sibuk cari pasangan, mengganggu pula nanti.


“Justeru, buat masa ini saya selesa sendiri,”
katanya yang sibuk mengumpul lagu untuk album baru, Raja Pop 2 yang dijangka menemui peminat sebelum Disember depan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RapatdenganJamal/myMA/myArticle/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...