Oleh ABDULLAH WAHAB
2010/09/25
BANTING: S Usharani, 24, isteri kepada saudagar permata dari Chennai, India, Allal Kathan Muthu Raja, 34, memberi kerjasama penuh kepada polis bagi membolehkan penjenayah yang membunuh suaminya didakwa dan menerima hukuman setimpal.
“Dulu ketika mula-mula tiba ke negara ini, dia menangis sebaik diberitahu polis yang suaminya dipercayai bertemu peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
“Namun kini dia mula menunjukkan kesungguhan dan bersemangat untuk memberi kerjasama kepada polis.
“Malah, pagi tadi (semalam) awal-awal lagi dia menghubungi saya memberitahu mengenai hasratnya menyambung keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Banting berhubung kehilangan suaminya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Manikavasagam membantu Usharani memberi keterangan kepada polis kerana wanita itu tidak boleh berbahasa Inggeris.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai mendakwa suaminya tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.
Bagaimanapun, sejak 19 Januari lalu, beliau gagal menghubungi suaminya.
Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia pada 8 September lalu dan membuat laporan polis di Banting.
Dalam laporannya, beliau memaklumkan suaminya pernah menyebut dia dibawa ke sebuah ladang milik peguam berkenaan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Usharaniberikerjasamapenuh/myMA/myArticle/
No comments:
Post a Comment