Dis 4, 10 10:42pm
Kerajaan diminta supaya mengkaji menurunkan untuk umur pengundi mulai umur 21 tahun kepada 18 tahun memandangkan mereka yang berumur 18 tahun kini sudah mampu membuat keputusan yang matang.
Ini adalah antara 12 resolusi yang merangkumi aspek pentadbiran negara, pendidikan, politik dan ekonomi yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda Gerakan, di Kuala Lumpur hari ini.
Pemuda Gerakan juga mencadangkan supaya pendaftaran secara automatik dilakukan ke atas warganegara yang mencapai usia untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mengenai soal pendidikan, pergerakan itu mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran menubuhkan Majlis Perundingan yang bertanggungjawab untuk memantau, merancang dan memberi cadangan kepada kementerian itu mengenai pengurusan dan penambahbaikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil yang didakwa sering dipinggirkan.
Selain itu Pemuda Gerakan mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan mahasiswa bergiat dalam politik memandangkan mereka mempunyai kematangan untuk membahagikan masa antara belajar dan bergiat dalam politik.
- Bernama

http://malaysiakini.com/news/150011
No comments:
Post a Comment