AMERICAN FORK, Amerika Syarikat - Beberapa rakaman video dan telefon bimbit menunjukkan beberapa cahaya misteri yang berwarna putih dan merah muncul di sini pada waktu malam, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej tersebut dirakamkan beberapa penduduk yang menyaksikan fenomena ganjil itu pada Rabu lalu di antara pukul 7.15 dan 7.30 malam.
Dalam rakaman itu, tiga cahaya tersebut didapati berwarna merah dan bergerak di langit selama 15 minit sebelum satu cahaya berwarna putih yang terang muncul.
Seorang penduduk tempatan yang ditemuramah stesen televisyen ABC, Lynette Chidester berkata, dia tidak mendengar bunyi semasa cahaya ganjil itu muncul.
Menurutnya, cahaya itu menarik perhatiannya kerana salah satu daripadanya tidak berkelip seperti lampu sebuah pesawat.
Dia berkata, daripada tiga cahaya ganjil itu, timbul satu cahaya berwarna putih.
Seorang lagi penduduk, Mike Galbraith yang berada di tempat meletak kereta sebuah pusat beli-belah juga menyaksikan fenomena misteri itu.
"Saya melihat ke langit dan terdapat tiga cahaya berwarna merah dan ia kemudian seperti menggugurkan satu cahaya berwarna terang," katanya di American Fork, Utah.
Beberapa pegawai tentera dan lapangan terbang melaporkan tiada kejadian ganjil dikesan berlaku semasa cahaya misteri itu muncul. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
No comments:
Post a Comment