Tuesday, February 22, 2011

Pro-M kuasai dua dari lima kampus utama

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) di lima dari universiti utama yang berlangsung semalam menyaksikan kumpulan Pro Mahasiswa (ProM) menguasai dua kampus berbanding kumpalan Pro-Aspirasi.

Pro-M merampas kembali penguasaan mereka di kampus paling panas, Universiti Malaya dan satu lagi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Di UM mereka mendapat 23 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan berbanding Pro Aspirasi yang hanya mendapat 16 kerusi dan dua lagi dimenangi calon Bebas.

Sembilan dari 23 kerusi itu merupakan kerusi Umum yang disapu bersih oleh mereka.

Manakala di UKM, kumpulan pro-M atas nama Gabungan Mahasiswa UKM memperoleh 22 kerusi dari 37 kerusi yang dipertandingkan manakala Pro Aspirasi yang hanya mendapat 15 kerusi.

Bagaimanapun, Pro-M tewas di tiga kampus lain iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Di UPM, Pro Aspirasi mempertahankan penguasaan mereka apabila menang 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi peringkat umum.

Di UTM pula, Pro Aspirasi memperoleh 38 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertandingkan berbanding Pro-M yang hanya mendapat 12 kerusi, manakala enam lagi dimenangi calon Bebas.

Situasi sama berlaku di USM, namun Pro Aspirasi kali ini menang tipis dengan berkelebihan hanya satu kerusi menewaskan Pro-M.

Pro Aspirasi mendapat 11 kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan berbanding Pro-M yang memperoleh 10 kerusi.

Sementara itu, beberapa lagi kampus menjalankan proses pengundian hari ini termasuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Tun Hussin Onn (UTHM).

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30999:pro-m-kuasai-dua-dari-lima-kampus-utama&catid=1:utama&Itemid=50

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...