Tuesday, March 22, 2011

'Jualan mega politik' sedang berlangsung

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat agar tidak cepat terpengaruh dengan grand mega sale politik yang sudah pun berlangsung.

"Grand mega sale" merujuk kepada usaha BN membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat dan ahli-ahlinya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendakwa BN sedang giat menjalankan usaha membeli ahli-ahli PAS, PKR dan DAP untuk survival politik mereka.

"Kami memberi ingatan awal kepada rakyat Malaysia kerana kita sedang berhadapan dengan grand mega sale politik 2011 yang sudah pun bermula.

"Kita akan lihat bermula pilihan raya sarawak akan ramailah orang PAS, PKR dan DAP yang akan keluar parti dan dipertontonkan kepada masyarakat.

"Inilah yang kami maksudkan grand mega sale ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau secara sinis menyamakan ahli politik yang dibeli ini dengan "barangan yang tidak berkualiti dan luput tarikh.

"Kita ingatkan rakyat agar berhati-hati dengan grand mega sale ini kerana barangan yang dipasarkan akhirnya jika rakyat silap memilih ada barangan yang mempunyai kesan radio aktif yang boleh memudaratkan kesihatan. Ada barangan yang sudah luput tarikh," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) pada sidang media sama mendakwa "grand mega sale politik" ini dirancang rapi oleh pihak tertentu.

"Ada kecenderungan yang dirancang rapi untuk menjayakan grand mega sale politik ini.

"Apabila ada golongan berpendapatan rendah akan dirancang dalam kumpulan besar. Yang berpengaruh atau berpendapatan tinggi dalam kumpulan kecil.

Tambahnya, usaha ini telah bermula beberapa bulan lalu.

"Usaha ini telah bermula beberapa bulan yang lalu apabila di kawasan saya sendiri dikatakan ada 300 orang yang keluar parti walaupun hakikatnya tiga orang sahaja dan yang tak ada kena mengena dengan parti digunakan untuk menjayakan mega sale ini," katanya.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31456:jualan-mega-politik-sedang-berlangsung-&catid=1:utama&Itemid=50

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...