Saturday, March 12, 2011

Jumlah korban kian meningkat

Jumlah korban kian meningkat
Mac 11, 11 3:24pm

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

NONELaporan menyebut, malapetaka itu disahkan mengorbankan sekurang-kurangnya 88 nyawa.

p { margin-bottom: 0.08in; }

Polis menyatakan antara 200 hingga 300 mayat telah dijumpai di bandar Sendai yang terletak di bahagian timur laut Jepun.

Kawasan dalam negeri Miyagi itu terletak paling hampir dengan pusat gempa.

Selain itu, seramai 349 orang lagi dilaporkan hilang akibat bencana tersebut.

NONE

Jumlah berkenaan dijangka akan terus meningkat berdasarkan skala gempa dan tsunami yang terbentuk kali ini.

Bencana berkenaan merupakan yang paling buruk melanda Jepun dalam tempoh lebih 100 tahun.

Jumlah kerosakan sedang dinilai dan tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian yang diperolehi setakat ini.

Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Susulan itu, satu amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 50 gempa susulan turut berlaku dalam tempoh beberapa jam selepas itu.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Banyak tempat putus hubungan

Laporan televisyen hari ini menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun.

Antara visual dahsyat yang ditunjukkan melibatkan sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami ke arah tembok penampan di bandar Kesennuma, Miyagi.

Tsunami setinggi setinggi 10 meter dilaporkan melanda pelabuhan Sendai dengan ombak yang merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan segala yang berada di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kejadian tanah runtuh dan kebakara, termasuk satu pusat penapisan minyak di Chiba berhampiran Tokyo.

NONESetakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara turut terputus.

Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Semua penerbangan dihentikan, menyebabkan ribuan penumpang terkandas dan terpaksa dipindahkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

NONEMenurut jurucakap kerajaan, lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

- Agensi


http://malaysiakini.com/news/158342

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...