Sunday, July 3, 2011

Dua firma Australia didakwa sogok pegawai Malaysia

Jul 1, 11 2:47pm

Polis Persekutuan Australia mendakwa dua firma mencetak mata wang dan enam bekas pegawai kanannya kerana memberi rasuah kepada pegawai-pegawai asing termasuk dari Malaysia untuk mendapatkan kontrak membekalkan mata wang.

NONESecurency International Pty Ltd dan Note Printing Australia Ltd merupakan salah satu firma utama di dunia mencetak mata wang didakwa memberi sogokan dalam bentuk wang dan biasiswa universiti kepada pegawai-pegawai kerajaan Indonesia, Malaysia dan Vietnam antara 1999 dan 2005.

Menurut laporan AFP, ketua Polis Persekutuan Australia Chris McDevitt berkata semua enam rakyat negara itu berusia antara 50 dan 66 tahun dan pernah memegang jawatan penting sebagai ketua eksekutif, ketua pegawai kewangan dan ejen jualan bagi Securency atau Note Printing Australia Ltd.

Tertuduh terdiri daripada Myles Curtis, John Leckenby, Mitchell Anderson, Peter Hutchinson, Barry Brady dan Rognvald Marchant.

Mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11.5(1) dan 70.2(1) Akta Kanun Jenayah 1995, yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan atau denda A$1.1 juta. (sekitar RM3.6 juta).

NONEMcDevitt juga berkata siasatan masih dijalankan dan kemungkinan ada dakwaan susulan.

Dakwaan itu dibuat selari dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dua orang iaitu bekas penolong gabenor Bank Negara dan seorang ahli perniagaan masing-masing di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

http://malaysiakini.com/news/168595

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...