Sunday, July 3, 2011

SPR digesa berunding bagi elak himpunan 9 Julai

SPR digesa berunding bagi elak himpunan 9 Julai
Jul 2, 11 2:33pm

Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia (FHAM) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berbincang dengan pihak BERSIH 2.0 dan badan NGO lain mengenai reformasi pilihan raya bagi mengelakkan perhimpunan 9 Julai ini.

tee hock sengDalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan menerusi Bernama, Presiden FHAM Senator Tan Sri Tee Hock Seng berkata mereka yakin wawasan Malaysia yang sedang dilaksanakan melalui GTP dan ETP hanya boleh dicapai melalui pilihan raya yang telus, adil dan saksama.

“Pihak-pihak penganjur (mesti) mencari jalan perdamaian yang lain bagi mengutarakan isu-isu yang mahu dibangkitkan. Jika tidak, perhimpunan ini akan menyebabkan pertembungan yang bakal membawa pergolakkan bagi masyarakat Malaysia,” katanya.

Menurut Tee jika perhimpunan oleh BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini menjadi kenyataan, beliau bimbang ia akan menyebabkan keadaan tidak terkawal dan akan terjadi insiden yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan orang awam.

Justeru, Tee meminta semua pihak yang terlibat bertenang dan tidak meneruskan konfrontasi dan mempertimbangan altenatif lain.

bersih rally 271207 05“Kami (FHAM) dengan ini sekeras-kerasnya menggesa dan memohon agar semua pihak yang terbabit membatalkan perhimpunan tersebut.

“Cara mogok jalanan ini bukanlah yang terbaik bagi menyuarakan rasa tidak puas hati di atas isu-isu yang mahu dibangkitkan. Negara kita mempunyai pelbagai saluran yang betul bagi memperjuangkan hak rakyat seperti melalui wakil rakyat di Parlimen.

“Mogok jalanan oleh pihak yang tidak berpuas hati hanya akan mengganggu keselamatan awam dan menjejaskan imej negara,” katanya.

Tee juga mengingatkan pihak yang mempunyai agenda tersembunyi supaya tidak menjejaskan keamanan dan keharmonian kaum di negara ini.

azlan“FHAM juga mengutuk tindakan pihak yang menyebarkan ancaman bunuh melalui SMS kepada Pengerusi BERSIH 2.0 dan Ketua Pemuda Umno.

“Tindakan Ketua PERKASA (Datuk) Ibrahim Ali memberi amaran kepada masyarakat Cina untuk “tinggal di rumah dan menyimpan stok makanan" baru-baru ini semasa membantah perhimpunan BERSIH 2.0 telah menerima kritikan yang hebat.

“Kami dengan ini menyeru dan menggesa pemimpin-pemimpin dari kedua-dua belah parti supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini,” katanya.


http://malaysiakini.com/news/168691

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...