There was an error in this gadget

Sunday, August 14, 2011

BERSIH 2.0 sedia dedah sumber dananya

BERSIH 2.0 sedia dedah sumber dananya
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 13, 11
3:59pm

WAWANCARA Pergerakan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini bersedia mendedahkan sumber dana mereka bagi menangkis sebarang dakwaan bahawa NGO itu secara terselindung menerima bantuan kewangan asing untuk menjejaskan kestabilan negara.

NONEDalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perhimpunan gerakan rakyat pada 9 Julai lalu dibiayai sepenuhnya oleh masyarkat berbilang kaum negara ini.

"Untuk perhimpunan itu, ia dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia," katanya.

Selain dana daripada kerajaan negeri Selangor, Ambiga mendedahkan bahawa sumber lain datang dari rakyat Malaysia yang membuat pemindahan bank dalam jumlah kecil ke akaun mereka sebelum perhimpunan itu.

Bulan lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan peruntukan RM15,000 yang disalurkan untuk perhimpunan itu, sambil menyifatkan wang berkenaan sebagai sumbangan kecil kerajaan pimpinan beliau dalam menegakkan demokrasi di negara ini.

Walaupun perhimpunan 9 Julai itu tidak menelan perbelanjaan yang besar, Ambiga berkata sebahagian besar dana yang dikumpulkan dikhaskan untuk mengikat jamin peserta sekiranya mereka ditangkap oleh polis.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Sesetengah wang itu juga digunakan bagi membayar gaji kakitangan Empower, sebuah NGO yang bertindak sebagai sekretariat BERSIH 2.0, serta elaun bagi sukarelawan lain.

Mengenai dakwaan dana asing, Ambiga berkata kedua-dua organisasi asing itu - National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) - memberikan bantuan kewangan kepada BERSIH 2.0 tetapi khusus untuk projek masa depan yang berkaitan dengan persempadanan semula dan bukannya untuk perhimpunan tersebut.

Sehubungan itu, katanya tiada apa yang disembunyikan dengan sumber dana mereka dan sanggup mendedahkannya.

NONE"Saya langsung tidak ada halangan untuk mendedahkan semua itu... Kami memang bercadang mendedahkan perkara ini, tetapi malangnya pihak polis telah merampas semua rekod-rekod kami. Semuanya ada," kata Ambiga.

Polis pada 19 Jun lalu menyerbu dan menggeledah pejabat Empower di Petaling Jaya.

Mereka juga menahan tujuh kakitangan NGO itu dan merampas beberapa kemeja-T BERSIH 2.0 dan dokumen lain termasuk rekod derma dan dana yang diterima.

Menurut Ambiga, pengharaman kemeja-T BERSIH 2.0 dan tindakan tegas polis menangkap orang ramai yang memilikinya telah menyebabkan punca utama kewangan mereka terputus tetapi ini diimbangi oleh sumbangan terus orang ramai sejurus sebelum perhimpunan diadakan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/172907

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...