Sunday, August 14, 2011

Gerakan - retak menanti belah?

Gerakan - retak menanti belah?
Ogos 13, 11 10:05am


Adakah gelora melanda semula dalam parti Gerakan atau mungkinkah kelihatannya seperti itu selepas salah seorang daripada anggota paling kanan dalam kepimpinan pusat memutuskan untuk melepaskan jawatannya?

NONESumber parti berkata anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Datuk Gooi Hoe Hin bertindak untuk berundur secara mendadak daripada kepimpinan parti semasa berlangsung mesyuarat CWC yang 'bergelora' selepas beliau mengkritik keras presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Gooi, bekas Setiausaha Politik kepada bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik semasa Dr Lim berkhidmat sebagai Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, dikatakan "berasa sangat kecewa dengan kepimpinan Dr Koh".

Ini terutamanya berkaitan apa yang dianggap sebagai kegagalan Koh untuk menjawab dan mempertahankan parti, dan beliau sendiri, apabila beberapa kritikan dilemparkan terhadap kepimpinan tertinggi parti.

"Sentimen beliau (Gooi) dikongsi dalam kalangan kami semua. Kebanyakan anggota CWC parti yang menghadiri mesyuarat ini bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Gooi. Kami semua terperanjat apabila beliau menepuk meja dan berkata beliau meletak jawatannya dalam CWC sebelum keluar meninggalkan mesyuarat," kata seorang sumber parti yang enggan dikenal pasti.

NONESusulan kritikan keras dan di luar jangkaan itu, Koh mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menangkis semua kritikan yang dilempar terhadapnya, terutamanya dakwaan oleh sesetengah pihak bahawa beliau tidak layak memimpin parti itu di Pulau Pinang.

Koh menjawab kenyataan bekas Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping, bekas Naib Ketua Pemuda Gerakan Tan Tee Beng dan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, yang meragui keupayaannya untuk memimpin parti.

Zahrain berkata Gerakan harus menukar kepimpinan dan memperkenalkan muka baru sekiranya parti itu serius untuk menawan semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

tan tee beng pc 030110 01Tee Beng (kanan) berkata Koh perlu digantikan sekiranya Gerakan serius untuk menawan semula Pulau Pinang manakala Kok Ping pula mendakwa Koh "tidak berbuat apa-apa sejak 18 tahun yang lepas."

Seorang lagi sumber parti berkata pemimpin peringkat akar umbi parti itu berasa kecewa dan marah kerana Koh memilih untuk berdiam diri berhubung kritikan itu.

Bagaimanapun, Gooi ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu, kecuali mengesahkan bahawa beliau telah pun melepaskan jawatannya dalam CWC Gerakan.


Ramai pemimpin lain dalam parti ketika dihubungi turut enggan mengulas manakala ada di antara mereka percaya bahawa peletakan jawatan Gooi berkemungkinan besar tidak akan diterima oleh Presiden parti.

NONE"Kami seringkali berselisih pendapat. Saya yakin kami akan bersatu padu semula. Itu saja yang boleh saya katakan," kata Naib Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong (kiri).

Ketua Pemuda Lim Si Pin berkata semasa mesyuarat CWC itu, ada di antara pemimpin parti yang menyuarakan kebimbangan berhubung kritikan terhadap Koh serta parti, dan menasihati Koh supaya bertindak dengan sewajarnya.

"Beberapa orang di antara kami bimbang tentang kesannya. Ia sudah tentulah akan membawa kesan negatif bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada parti keseluruhannya.

"Bagaimanapun, saya tidak fikir peletakan jawatan Datuk Gooi adalah rasmi. Presiden masih belum memberi jawapan," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172878

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...