Tuesday, September 6, 2011

NAJIB DIDESAK ISYTIHAR HARTA, IKUT INDIA

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 5TH, 2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mengikut jejak langkah rakan sejawatannya dari India, Manmohan Singh dan 30 menteri kabinetnya yang mengisytiharkan harta peribadi masing-masing baru-baru ini.Menurut Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong, Najib wajar berbuat demikian supaya rakyat mengetahui jumlah harta yang dikumpulkan beliau dan jemaah menterinya yang lain.

“Ini perkara yang lama telah diminta oleh rakyat supaya Najib dan barisan menterinya mengisyiharkan harta mereka untuk tunjukkan ketelusan kerajaan, tapi saya tidak merasa mereka beliau berani berbuat begitu,” katanya yang juga Bendahari KEADILAN.

Menurut Wiliam, sehingga kini tidak peruntukan dari segi undang-undang bagi membolehkan perdana menteri mengisytiharkan hartanya seperti kod tatalaku bagi menteri yang diperkenalkan kerajaan India.

“Tidak ada peruntukan undang-undang di Malaysia seperti itu. Tidak ada keazaman politik oleh kerajaan sedangkan mereka boleh berbuat demikian untuk membolehkan kod sebegitu diwujudkan seperti pelaksanaan kod etika hakim, “katanya kepada media.

Tambah beliau, perkara itu disebabkan Najib dan barisan menterinya tidak berani untuk mendedahkan kekayaan dan rasuah yang dilakukan mereka.

“Kalau tidak masakan isterinya Rosmah Mansor boleh membeli cincin berharga RM24 juta. Hanya mereka yang rasuah sahaja tidak berani mengisytiharkan harta mereka,” ujarnya.

Isu supaya perdana menteri dan jemaah menteri mengiystiharkan harta telah lama ditimbulkan Pakatan Rakyat
yang mengharapkan komitmen kerajaan supaya harta mereka didedahkan di parlimen.

Selain harta peribadi yang dipertikai, Najib sebelum ini banyak menghabiskan wang rakyat seperti penyelenggaran kediaman beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencecah RM49 juta setahun.

Selain itu, beliau juga menghabiskan RM8.7 juta wang rakyat untuk lawatan ke luar negeri dalam tempoh kurang dua tahun menjawat jawatan sebagai perdana menteri.

Isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pula mampu menghabiskan RM24 juta untuk membeli cincin berlian dari syarikat terkenal Jacob n Co dan bermalam di Hotel mewah, Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.

Manakala anaknya, Datuk Nazir Razak melonjak naik sebagai individu Melayu keempat terkaya di Malaysia- sejurus selepas Najib dilantik ke jawatan perdana menteri.


http://www.kl-today.com/2011/09/najib-didesak-isytihar-harta-ikut-india/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...