Friday, October 14, 2011

TUN M AKUI BAJET 2012 BAJET PILIHANRAYA

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan belanjawan yang dikemukakan Datuk Seri Najib Razak bertujuan untuk menang pilihanraya, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.Kenyataan itu, katanya, membuktikan apa yang disebut pemimpin Pakatan Rakyat selama ini adalah benar.“Berbeza dengan belanjawan Pakatan, kita menyerahkan kembali wang rakyat bukan sempena pilihanraya tetapi dasar itu kita umum dan laksana selepas menang pada Mac 2008 di negeri-negeri yang kita perintah.

“Selain itu, pemberian wang kita beri secara tahunan dan bukannya one off seperti yang diumum Najib,” katanya.

Mahathir hari ini dilapor berkata, belanjawan diumumkan Najib umpama ‘membunuh dua ekor burung menggunakan sebiji batu’.

Bidalan itu dimaksudnya merujuk kepada belanjawan untuk kononnya rakyat dan untuk menang pilihan raya.

“Pilihan raya umum di ambil kira dan tingkat kualiti hidup juga,’” kenyataan Mahathir dipetik.

Pakatan sebelum ini menegaskan belanjawan Najib hanya memberi sedikit kepada rakyat berbanding kebanyakannya diagih untuk mengkayakan kroni.

Dalam belanjawan yang dibentang 7 Oktober lalu, kerajaan memperuntukkan RM232.8 bilion ketika negara mengalami defisit 14 tahun berturut-turut.

Sementara Pakatan memperuntukkan RM220 bilion, melibatkan penjimatan sebanyak RM14 bilion dari perbelanjaan kerajaan BN, dengan rakyat memperoleh 20 peratus nilai tambah.

Belanjawan yang dinamakan Belanjawan Sejahtera Untuk Semua itu menumpukan usaha mengurangkan defisit negara kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada KDNK tahun ini.

Defisit negara yang mencecah 6 peratus itu jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit pada kadar 5.2 peratus seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan 2011 dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

http://www.kl-today.com/2011/10/tun-m-akui-bajet-2012-bajet-pilihanraya/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...