faizal.nazaruddin@kosmo.com.my
Yazli (kanan) pada sidang akhbar bersama Ma'mor di The Mall, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - "Saya masih sayangkan keluarga, buat seketika ini terpaksa tinggalkan mereka kerana faktor keselamatan dan mahu menyelesaikan beban hutang ah long sendirian tanpa melibatkan mereka."
Demikian penjelasan Mohd. Yazli Yaacob, 38, suami kepada pelakon Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain, 40, yang rumah serta kenderaannya disimbah cat oleh ah long yang berang kerana gagal menuntut hutang daripadanya baru-baru ini.
Menurut Mohd. Yazlin, hidupnya kini dalam tertekan ekoran menjadi buruan kira-kira 30 ah long yang masih tidak puas hati meminta wang daripadanya walaupun telah menghabiskan RM300,000 dalam tempoh sembilan bulan untuk membayar bunga lintah darat itu.
"Saya pinjam ah long dalam RM35,000 sahaja pada tahun lalu namun kadar bunga yang dikenakan membuat hutang tersebut tiada menampakkan pengurangan.
"Sebaliknya saya masih berhutang lagi RM200,000 dan hampir setengah juta ringgit wang habis bayar bunga mereka," dakwanya pada sidang media bersama Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma'mor Osman di pusat membeli-belah The Mall, semalam.
http://www.kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment