Sunday, September 14, 2008

Keluarga fail habeas corpus bebaskan Raja Petra


14-09-2008 03:03:37 PM
Oleh G. MANIMARAN



MARINA Lee Abdullah menunjukkan makluman penahanan Raja Petra Kamarudin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, kelmarin.


(Dikemas kini) PETALING JAYA: Keluarga Raja Petra Kamarudin (gambar) akan memfailkan permohonan habeas corpus untuk membebaskan pengendali laman web Malaysia Today, yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, awal minggu depan.


Isteri beliau, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan peguamnya semalam dan perbincangan susulan akan diadakan esok bagi menguruskan permohonan habeas corpus.


"Sudah tentu, sudah tentu (akan membuat permohonan habeas corpus)... kandungan belum dimuktamadkan lagi, saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam (esok)," kata beliau hari ini.


Kata beliau, sehingga hari ini beliau tidak memperoleh apa-apa maklumat mengenai perkembangan penahanannya.


Raja Petra ditahan di rumahnya di Sungai Buloh, di bawah Seksyen 73(1) ISA, yang membolehkan seseorang itu dikenakan tahanan maksimum 60 hari.Beliau dibawa keluar dari rumahnya pada pukul 1.50 tengah hari kelmarin.


Sebelum ini, Raja Petra pernah ditahan menikut ISA pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kemunting, Taiping.


Pihak berkuasa berkata, Raja Petra ditahan berkaitan artikel yang disiarkan dalam laman webnya yang bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" dan juga "Not all Arabs are descendants of the Prophets".


Kedua-dua artikel itu didakwa menggunakan ayat yang menghina orang Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.


http://mstar.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...