Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
saiful.sapran@kosmo.com.my
SALWANIS menunjukkan gambar-gambar Bilal yang masih disimpan di rumahnya di Serdang, Selangor.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - "Suami saya (Nasir Mahmood Qadri Nisar Ahmed, 39) menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melarikan Muhammad Bilal untuk selama-lamanya."
Demikian cerita Salwanis Ma'az, 31, mengenai penjelasan yang diberi Nasir kepadanya sepanjang perbualan mereka hampir satu jam ketika suaminya itu menghubungi beliau beberapa hari lalu.
Menurut Salwanis, suaminya kini memang berhasrat untuk pulang ke negara ini bersama-sama Bilal, 4 bulan, namun dia bimbang bakal dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tiba di Malaysia kelak.
NASIR MAHMOOD

Melalui perbualan itu katanya, Nasir telah menjelaskan keputusan melarikan Bilal pada mulanya hanyalah untuk beberapa hari sahaja kerana tertekan dengan beberapa usahanya selama ini yang menemui kegagalan termasuklah dalam soal menguruskan visa.
"Pada anggapan dia (Nasir), selepas melarikan Bilal media akan berpihak kepadanya dengan melaporkan tentang tekanan yang Nasir hadapi ketika di Malaysia sehingga menyebabkan dia ambil keputusan larikan Bilal.
"Tapi sebaliknya pula yang berlaku apabila banyak berita melaporkan tentang usaha untuk mencari Bilal sehingga menyebabkan dia takut untuk pulang ke negara ini kerana bimbang ditahan pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi semalam.
Semalam, Pengerusi Badan Pembelaan Sekretariat Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Rahim memberitahu, Nasir telah berhasrat mahu memulangkan semula Bilal kepada Salwanis sekiranya mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa.
Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan tentang nasib malang yang menimpa Salwanis selepas Bilal dilarikan oleh suaminya yang berketurunan Pakistan pada 26 Julai lalu.
http://www.kosmo.com.my/16102008

No comments:
Post a Comment