Monday, December 22, 2008

Pelajar SPM sembunyi bayi


Oleh OTHMAN YAHAYA
berita@kosmo.com.my

SUNGAI PETANI – Rasa curiga seorang bapa saudara yang hairan melihat anak buahnya yang lemah serta pucat semasa baru pulang ke rumah di sini kelmarin telah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan.

Semasa ditemui mayat bayi tersebut yang sempurna sifatnya dibalut dengan sehelai kain.

Mayat bayi yang mempunyai berat 1.5 kilogram itu ditinggalkan ibunya berdekatan semak di belakang sebuah rumah di Kampung Bujang di sini.

Seorang jiran berkata, ibu kepada bayi tersebut didakwa baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua minggu lalu.

Menurut jiran itu lagi, pelajar yang berusia 18 tahun itu tinggal bersama datuknya di kampung tersebut dan dipercayai datuk dan neneknya tidak menyedari cucu mereka mengandung.

Malah, katanya, remaja itu telah melahirkan bayi itu seorang diri di dalam biliknya sebelum bayi itu disembunyikan di belakang rumah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...