LOS ANGELES - Penyanyi irama R&B, Chris Brown yang ditahan pihak berkuasa pada minggu lalu kerana memukul kekasihnya, Rihanna melahirkan perasaan kesal serta meminta maaf berhubung insiden berkenaan.
"Tidak ada perkataan yang dapat menjelaskan betapa kesalnya dan sedihnya saya berhubung kejadian itu.
"Saya akan menjalani sesi kaunseling bersama paderi, ibu dan orang yang saya sayangi," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Brown, 19, menyerah diri kepada pihak polis pada 8 Februari lalu setelah didakwa membelasah teman wanitanya, Rihanna.
Kedua-dua penyanyi itu kemudian membatalkan persembahan termasuk untuk anugerah Grammys pada malam kejadian.
Brown terkenal dengan lagu Excuse Me Miss dibebaskan dengan ikat jamin.
Dalam insiden 8 Februari lalu, Rihanna, 20, kemudian pulang ke Barbados dengan muka lebam dan calar-balar, lapor media tempatan.
"Setakat itulah yang dapat saya katakan. Saya juga tidak menulis sebarang kenyataan di Facebook atau blog.
"Jika terdapat kenyataan di laman itu, ia adalah palsu," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment