l
LONDON - Sebuah kapal selam yang membawa senjata nuklear milik tentera Britain berlanggar dengan kapal selam Perancis di Lautan Atlantik pada awal bulan ini, kata seorang pegawai British semalam.
Bagaimanapun, menurutnya, kedua-dua kapal selam itu tidak menyebabkan bahan radioaktif bocor di dasar lautan tersebut.
Pegawai itu menyatakan demikian bagi mengulas laporan akhbar The Sun yang melaporkan kejadian itu mungkin mencetuskan kebimbangan bencana nuklear di Lautan Atlantik.
Kapal selam milik tentera Britain yang terlibat itu adalah HMS Vanguard yang memulakan operasi pada 1994 dan dilengkapi dengan kuasa nuklear.
Ia mampu membawa sehingga 16 peluru berpandu nuklear Trident.
Kementerian Pertahanan Perancis dalam satu kenyataan pada 6 Februari lalu mengatakan kapal selam Le Triomphant telah melanggar sebuah objek ketika melakukan rondaan.
Pelanggaran itu menyebabkan kerosakan peralatan sonar di hadapan kapal selam itu, kata kementerian berkenaan.
Ketika itu, Kementerian Pertahanan Perancis tidak mengesahkan tarikh dan perlanggaran dengan kapal selam Britain.
Selepas insiden itu, kapal selam Perancis tersebut kembali ke pangkalan L'Ile Longue.
Dalam kenyataan itu, ia tidak menyebut anak-anak kapalnya mengalami kecederaan. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
No comments:
Post a Comment