BAITULMAQDIS - Kerajaan Israel semalam secara rasmi mengisytihar 170 hektar tanah di Tebing Barat yang diduduki sebagai wilayah kekuasaannya.
Keputusan itu sekali gus membuka laluan kepada pembinaan 2,500 unit penempatan baru di Baitulaham.
Tindakan rejim Zionis itu melanggar janji yang dinyatakan kepada Amerika Syarikat (AS) sebelum ini bahawa negara itu akan menghentikan semua jenis penerokaan baru.
Pengembangan baru dijangka akan mencetuskan lebih banyak pergeseran dengan Presiden AS, Barack Obama di mana Utusan Khasnya ke Asia Barat, George Mitchell mendesak penempatan baru Yahudi dihentikan.
Komposisi kerajaan baru Israel masih belum jelas tetapi Parti Likud yang dipimpin Benjamin Netanyahu dijangka membentuk kerajaan.
Netanyahu secara terbuka menyokong peluasan kawasan penempatan semula Yahudi.
Kawasan pembangunan baru di Efrat itu akan menempatkan 1,600 buah keluarga dari selatan Baitulmaqdis. - AP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
No comments:
Post a Comment