Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (berbaju Melayu) berhenti seketika di pintu pagar utama bangunan SUK pagi ini. Beliau kemudiannya dibenarkan memasuki pejabat Menteri Besar di bangunan tersebut. Di sebelah kanan adalah pegawai setiausaha negeri --fotoTHESTAR oleh SAIFUL BAHRI
Kereta rasmi kerajaan negeri yang membawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dibenarkan memasuki bangunan SUK pagi ini.
Kira-kira 3,000 penyokong Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhimpun di kediaman Menteri Besar, malam tadi.
Kenderaan rasmi Raja DiHilir Perak cuba melepasi perhimpunan penyokong Pakatan Rakyat di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berhimpun secara haram bagi membantah upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru dari BN hari ini.
Pihak polis cuba menghalang penyokong Pakatan Rakyat daripada terus mara ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun ketika Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment