Monday, February 9, 2009

Suami lari

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Punitha." title="BERI PERHATIAN... Ng sambil diperhatikan Devamany (tiga dari
kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Punitha." height="179" width="300" border="0">
BERI PERHATIAN... Ng sambil diperhatikan Devamany (tiga dari 
kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Punitha.

KUALA LUMPUR: Menanti saat melahirkan anak keenam, tetapi suami pula melarikan diri kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang semakin besar. Itu yang berlaku kepada S Punitha, 31, yang menumpang berteduh di stor Flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Batu, Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, sejak dua bulan lalu.

Punita yang bakal melahirkan anak Mac depan, bekerja sebagai tukang cuci dengan gaji RM700 sebulan bagi menyara lima anak, Kavita, 13; Mohandrass, 11; Malathi, 9, Dineshkumar, 5, dan Sugumaran, 1, apabila suaminya, S Kathrayan, 42, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, menghilangkan diri.

Mereka sekeluarga sebelum ini menetap di Taiping, tetapi berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru dan menetap di rumah sewa. Bagaimanapun, apabila suaminya tidak mampu menjelaskan sewa, Punitha dan anak ditinggalkan hingga terpaksa keluar dari rumah itu.

Wanita itu kemudian menumpang rumah kakaknya di flet berkenaan, namun disebabkan keluarganya yang besar, kakaknya tidak mampu menanggung lalu dia dicadangkan tinggal di stor berkenaan dengan persetujuan pihak berkaitan.

“Suami tidak bertanggungjawab. Saya tidak boleh menerimanya lagi. Saya nekad berdikari untuk membesarkan anak yang masih kecil. Sewaktu bekerja, anak sulung saya, Kavita menjaga adiknya. Ternyata dia boleh diharap untuk menjaga adiknya dan membantu kerja rumah,” katanya.

Mereka pernah berlapar selama dua hari kerana tiada wang membeli makanan.

Kesusahan Punitha mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melawat Punitha, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany.

Bantuan disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Punitha ialah hamper mengandungi tuala dan barangan serta bantuan bulanan untuk anak sebanyak RM450 sebulan. Dia turut mendapat wang ehsan daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sebanyak RM1,000. Pemindahannya ke rumah baru dengan kadar sewa berpatutan diuruskan, manakala anaknya akan dibantu meneruskan pembelajaran.

Anak Punitha berhenti sekolah sejak dua tahun lalu iaitu ketika berhijrah ke Kuala Lumpur. Sugumaran tiada sijil kelahiran manakala anak dikandung Punitha akan diserahkan kepada keluarga angkat sebaik dilahirkan.

“Walaupun sedih, saya terpaksa serah anak bakal lahir kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menjaganya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084827/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...