“Ambil perhatian serius berkaitan masalah mualaf kerana mereka tanggungjawab kita. Jika kerana kesilapan kita mereka murtad, kita juga berdosa,” kata Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri.
Kata-kata bernada keras itu bukan mahu menyalahkan pihak berkenaan, tetapi sekadar mahu memperbetulkan keadaan supaya tiada lagi kes seumpama itu berlaku.
Menurut Abdul Rahman, ada program dilakukan pihak berkenaan tetapi ia dianggap tidak mencukupi.
“Ada program dijalankan seolah-olah bermusim seperti setahun sekali atau dua kali saja. Kemudian, mualaf seolah-olah dibiarkan terkapai-kapai hilang arah. Mualaf perlu diberi perhatian, didikan serta bimbingan setiap masa.
“Beri masa untuk mereka faham berkaitan Islam dan selepas beberapa tahun, baru lepaskan mereka sedikit demi sedikit dan bukan seolah-olah melepaskan mereka terus tanpa tujuan,” katanya.
Menurut Abdul Rahman, beliau akan berbincang dengan jabatan agama untuk mengadakan lebih banyak program jangka panjang kepada mualaf dan melakukan pemantauan secara berterusan supaya ia berjaya.
Beliau turut menggesa masyarakat Islam tidak meminggirkan mualaf kerana berdasarkan beberapa kes diterimanya, ada yang mengadu disisihkan dan kurang diterima sebagai saudara baru.
“Ini satu sikap masyarakat kita yang sukar diubah seperti biarlah mereka pandai-pandai mendapatkan sendiri ilmu berkaitan Islam, pandai-pandailah hendak hidup dan pelbagai lagi perkara negatif.
“Sepatutnya kita membantu saudara baru dengan memberi mereka bimbingan dan bantuan kebendaan jika perlu dan bukan mengeji. Mereka kini saudara kita. Bukankah setiap orang Islam itu bersaudara?” katanya.
Berkaitan bantuan kepada mualaf, Abdul Rahman memaklumkan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga perlu mengambil perhatian perkara berkenaan kerana ramai saudara baru tergolong dalam golongan miskin, merempat dan sebagainya.
Menurut beliau, bukan LZS tidak menjalankan tanggungjawab, tetapi masih ada yang kurang. Jika sebelum ini agensi berkenaan memberi bantuan wang saraan bulanan selain makanan, mereka juga perlu melihat aspek bantuan lain dirasakan sesuai.
“Benar ada yang menerima bantuan bulanan, tetapi mungkin perlu dilihat aspek lain seperti tempat tinggal dan sebagainya. Ada yang menerima rumah, tetapi ramai juga yang merempat dan menumpang di kediaman saudara lain.
“Jika boleh, jika ada yang tiada tempat berteduh, carikan mereka lokasi sesuai seperti rumah murah. Jangan dibiarkan mereka begitu saja kerana wang zakat juga banyak jadi tolong bantu mualaf yang benar-benar memerlukannya,” rayunya.
Bagi golongan mualaf pula, beliau meminta mereka tetapkan hati dan kuatkan iman kerana apa yang menimpa adalah satu ujian.

No comments:
Post a Comment