Pensyarah Jabatan al-Quran al-Sunnah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata kes membabitkan mualaf yang terbiar memang sering kedengaran, tetapi jumlahnya tidak membimbangkan.
“Memang ada mualaf yang tercicir dan barangkali terlepas pandang, tetapi ia masih terkawal. Negara ini serius dalam menjaga kebajikan golongan berkenaan.
“Sesiapa yang diberi tanggungjawab menjaga mualaf perlu menunaikan amanah itu dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Jika tidak, hanya kerana segelintir individu yang tidak bertanggungjawab, pihak lain yang berkaitan seperti jabatan agama Islam dipandang negatif dan mendapat nama buruk,” katanya.
Menurut Mohd Farid, tiada alasan untuk pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga golongan berkenaan mengabaikan tugas mereka.
“Jika seseorang mualaf masuk Islam, pantau mereka dan jangan dibiar tanpa dijenguk. Tugas sudah diberi dan laksanakanlah tanggungjawab.
“Jika benar tanggungjawab itu diabaikan, tindakan boleh dikenakan. Ini soal etika,” katanya.
Mohd Farid berkata, permasalahan berkenaan tidak akan selesai jika masing-masing menuding jari meletakkan kesalahan kepada orang lain.
“Sepatutnya kedua-dua pihak (mualaf dan pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga mereka) bekerjasama dalam membantu satu sama lain. Bagi mualaf, jangan masuk Islam semata-mata mahukan bantuan dan jangan jumpa pihak berkenaan untuk mengharapkan bantuan segera.
“Walaupun berhak mendapat zakat, mereka perlu bersabar. Masalah seperti ini memang wujud, tetapi ia membabitkan segelintir mualaf saja,” katanya.
Menurut Mohd Farid, ketika baru masuk Islam dia turut berdepan pelbagai masalah, antaranya ada yang melihatnya dengan pandangan sinis.
“Bagaimanapun, itulah lumrahnya dan kita perlu menempuhinya. Buktikan kita masuk Islam kerana mendapat hidayah daripada Allah SWT dan bukan sebab lain,” katanya.

No comments:
Post a Comment