Monday, April 27, 2009

Ibu muda alah air

Ibu muda alah air


SELURUH tubuh Micheala akan dipenuhi bintik merah jika terkena air.


SEORANG ibu tunggal muda, Micheala Dutton, 21, mungkin antara orang paling malang di dunia kerana mengalami alahan teruk terhadap air sejurus melahirkan anak lelakinya, Mitchell, 3, pada 16 Oktober 2005.

Micheala yang dipercayai mengidap aquagenic urticaria iaitu alahan satu dalam 230 juta kelahiran di dunia. Setakat ini hanya terdapat 30 pesakit lain mengidap alahan pelik itu.

Doktor yang merawatnya percaya bahawa hormon tidak stabil sewaktu melahirkan Mitchell menjadi punca kepada alahan tragik Micheala.

"Saya tidak boleh berenang, terkena hujan dan menikmati mandian malah tidak dapat minum air biasa dan jus buah-buahan sepuas-sepuasnya seperti dulu.

"Saya hanya boleh minum Coke yang khusus dan mandi seminggu sekali, itu pun hanya beberapa saat. Jika terdedah kepada air, tubuh saya akan ditumbuhi bintik-bintik merah yang pedih dan kadangkala menyakitkan," katanya.

Micheala mengakui, keadaan ini membuatkan dirinya bagaikan terpenjara dan tiada kehidupan.

"Paling menyedihkan, saya hanya boleh memegang anak ketika lengkap berpakaian, tidak dapat mengelap air matanya ketika dia menangis dan memandikannya seperti ibu-ibu lain.

"Kalau saya terkena peluh atau air, seluruh kulit saya akan ditumbuhi bintik merah," ujarnya.

Micheala juga tidak bekerja dan hanya menjaga anaknya bersama ibu bapanya yang tinggal bersama di Walsal, West Mids, Britain.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...