Tuesday, April 28, 2009

Jon Bon Jovi akui gerun isteri



BON JOVI dan isterinya, Dorothea dirakam ketika menghadiri satu majlis di New York pada 2005.


LOS ANGELES - Penyanyi rock popular, Jon Bon Jovi memiliki resipi mudah bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga hampir dua dekad bersama Dorothea Hurley iaitu, takutkan isteri, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu seperti You Give Love A Bad Name dan Living On A Prayer itu dalam satu wawancara tanpa berselindung berkata, dia takut dimarahi Hurley.

"Sebenarnya, saya takut dengan isteri saya," kata Bon Jovi ketika diminta mendedahkan rahsia perkahwinan mereka yang mampu bertahan sebegitu lama.

Bagaimanapun, penyanyi yang akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-20 pada minggu depan itu juga mengakui bahawa dia bahagia berkongsi hidup dengan wanita itu.

"Dia adalah pelaburan terbaik sepanjang hidup saya," ujar penyanyi rock Amerika Syarikat yang sudah menjual 120 juta albumnya di seluruh dunia itu.

Bon Jovi berkahwin dengan Hurley yang juga kekasihnya sejak dari bangku sekolah dalam satu majlis rahsia di sebuah gereja di Las Vegas pada 29 April 1989.

Pasangan tersebut dianugerahi empat cahaya mata iaitu Stephanie, 15, Jesse James, 13, Jacob Hurley, 6 dan Romeo Jon, 5. - Agensi


http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...