kad kreditnya yang disyaki digunakan suspek." title="TERANIAYA...Yap menunjukkan laporan polis serta penyata kad kreditnya yang disyaki digunakan suspek." height="398" width="300" border="0"> |
TERANIAYA...Yap menunjukkan laporan polis serta penyata kad kreditnya yang disyaki digunakan suspek. |
KUALA LUMPUR: Seorang Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia terpaksa menanggung hutang ribuan ringgit dengan sebuah bank tempatan selepas kad kredit miliknya lesap dipercayai dicuri rakan sekerjanya akhir Mac lalu.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Yap, 24, mendakwa kehilangan kad itu disedarinya selepas pihak bank menghubunginya bagi membuat pengesahan terhadap 12 transaksi bernilai RM 4,213.85 pada 29 Mac lalu.
“Sehari selepas itu, pihak bank menghubungi saya dan membuat pengesahan bagi semua transaksi dilakukan di tiga pusat membeli-belah di sekitar ibu negara.
“Namun saya menafikan dan selepas diperiksa, saya dapati kad kredit di dalam dompet saya hilang,’’ katanya ketika ditemui di Wisma MCA semalam.
Dia yang panik dengan situasi itu meminta pihak bank supaya membatalkan semua transaksi terbabit.
Bagaimanapun, pihak bank memaklumkan bahawa empat transaksi yang dibuat sudah diluluskan dan akan membuat pembatalan untuk lapan lagi baki transaksi selepas mangsa membuat laporan polis.
“Saya terus membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya dan menghantar salinan itu melalui faks kepada bank terbabit dengan harapan transaksi itu dibatalkan.
“Bagaimanapun saya terkejut apabila menerima penyata transaksi pihak bank tidak membatalkan sebaliknya meminta pembayaran dibuat berhubung transaksi terbabit,” katanya yang kecewa kerana pihak bank sepatutnya menghubunginya pada hari transaksi itu dilakukan dan bukan keesokan harinya.
Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk menjejak suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup, usaha buntu kerana pihak bank tidak mempercayai kejadian itu.
“Daripada rakaman itu, suspek iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 20-an menggunakan wanita berlainan setiap kali membuat pembelian,” katanya.
Mangsa kemudian membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090519072151/Article/index_html
No comments:
Post a Comment