kartika@hmetro.com.my
Che Nah." title="CARI...Elliah (kiri) bersama Aminah menunjukkan gambar Che Nah." height="210" width="300" border="0"> |
CARI...Elliah (kiri) bersama Aminah menunjukkan gambar Che Nah. |
KUALA LUMPUR: “Kenapa? Hanya soalan itu yang akan saya tanya jika dengan izin Allah, saya berpeluang menemui ibu kandung yang melahirkan saya ke dunia ini dan kemudian menyerahkan kepada keluarga angkat sejak saya lahir.
“Luluh hati bila ‘mummy’ (ibu angkat) memberitahu saya sebenarnya anak angkat, dan ketika itu usia saya baru 15 tahun,” luah Elliah Nodin, 30, yang sudah belasan tahun berusaha mencari ibu kandungnya.
Menurut Aminah Salleh (ibu angkat), 59, dia diperkenalkan dengan ibu kandung Elliah yang pada masa itu sedang mengandung lapan bulan dan menyatakan mahu menyerahkan bayi dalam kandungannya selepas lahir.
“Saya berkahwin tetapi tiada rezeki untuk menimang cahaya mata, jadi apabila Che Nah (ibu kandung Elliah) datang untuk menyerahkan anak dalam kandungannya, saya terus setuju dan menjaganya sehingga habis pantang, malah apa yang saya tahu dia hanya bekerja mencucuk sate.
“Jika dia masih hidup hubungilah saya atau mummy, tetapi jika dia sudah tiada di dunia ini, tunjukkan saya di mana kuburnya sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dengan dia walaupun untuk sekejap,” katanya yang kini mempunyai tiga cahaya mata.
Sesiapa yang mengenali Che Nah yang berasal dari Negeri Sembilan dan alamat terakhirnya di Seksyen 14, Petaling Jaya, boleh menghubungi 013-3910846 (Kak Liza), 013-2089151 (Mohd Paizal) atau di alamat Lot 395-17 Jalan Tengah 7, Kampung Tengah 7, Gombak, Selangor.
No comments:
Post a Comment