Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rubiah K Hamzah, berkata tiada peruntukan dalam agama yang mengalu-alukan pendedahan mengenai masalah rumah tangga pasangan berkahwin.
Sebaliknya, beliau berkata Tuhan lebih menggalakkan sekalian umat supaya menangani sebarang pergolakan dengan cara sembunyi dan tersendiri, serta tidak dihebahkan kepada pihak tiada kepentingan.
“Kalau hendak berkahwin memang wajar beritahu atau hebahkan kepada orang ramai, tapi kalau bergaduh pun hendak diuar-uarkan, ia satu perbuatan memalukan serta memilukan...tidak wajar dicontohi,” katanya.
No comments:
Post a Comment