KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen menjelaskan bahawa RM1 juta yang diperuntukkan kepada Datuk Seri Jean Todt (gambar) adalah untuk tujuan mempromosi Malaysia di luar negara dan bukan bayaran sebagai duta.
Yen Yen berkata, Todt yang merupakan bekas pengurus pasukan Formula 1 Ferrari dilantik sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun pada Mei lalu menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan tanpa mengenakan bayaran.
Namun usaha mempromosikan negara pasti memerlukan perbelanjaan dan RM1 juta yang diberikan kepada Todt bukan untuk kegunaan peribadinya tetapi peruntukan untuk usaha mempromosi seperti perjalanan dan majlis pertemuan.
“Beliau masih seorang sukarelawan. Takkan anda harapkan beliau membayar dari poketnya sendiri. Sukarela bererti kita tidak membayarnya gaji atau bayar apa-apa tetapi kita suruh dia lakukan penerbangan atau jamuan, takkan dia nak bayar sendiri,” katanya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
No comments:
Post a Comment