|
Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa keenam penyakit Influenza A (H1N1). Kanak-kanak dari Johor Bahru itu meninggalkan akibat komplikasi hari ini. Sementara itu, 39 lagi kes baru dicatatkan, kesemuanya jangkitan tempatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Ismail Merican berkata kanak-kanak tersebut di dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai dengan symptom demam selama sehari. Menurutnya, tiada simptom batuk dan lain-lain tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 30 Julai. "Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009. "Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pada 2 Ogos semasa dalam rawatan di ICU," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia Daripada 39 kes yang dilaporkan hari ini, 35 merupakan kejadian dari lapan kluster baru dan empat kes terpencil. Kelmarin, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak, menjadi mangsa kelima meninggal dunia akibat jangkitan virus influenza A(H1N1) di negara ini. |
No comments:
Post a Comment