SEREMBAN: “Ibu nak ke Klang (Selangor) tenangkan fikiran,” itulah kata terakhir suri rumah kepada anaknya sebelum dia ‘ghaib’ lima hari lalu dari rumahnya di Taman Pulai Impian.
Anak sulungnya, Afiqah Suraya Azman, 14, berkata, dia menyedari kehilangan ibunya, Rahimah Mohamed, 35, kira-kira jam 6 petang Khamis lalu ketika terjaga daripada tidur.
Menurutnya, sebelum itu sebaik pulang dari sekolah kira-kira jam 2 petang, dia dan adik tertidur kepenatan, namun sebaik terjaga mendapati ibu tiada di rumah.
Katanya, ahli keluarga sudah puas mencari ibunya di kawasan berhampiran, tetapi gagal sebelum menemui telefon bimbit ibu di dalam rumah dipercayai sengaja ditinggalkan.
“Ibu menghubungi saya menggunakan telefon awam dan memberitahu ke rumah anak saudaranya di Klang.
“Kami tidak sempat berbual panjang kerana ibu hendak cepat dan menamatkan panggilan telefon. Itulah kali terakhir saya bercakap dengannya,” katanya.
Suaminya, Azman Ahnmad berkata, orang ramai yang mengenali atau menemuinya boleh menghubungi beliayu di talian 013-3919200 atau 013-6783300.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duaberadikrindukasihemak/Article
No comments:
Post a Comment